Friday May 13/2016
OLEH: Evangeline
Soraya Kigis
www.sabahinsider14.blogspot.com
www.sabahinsider14.blogspot.com
POLITIK Sabah sudah menjadi
lumrah tempat cari makan dan mengumpul harta adalah diberi keutamaan berbanding
kebajikan rakyat dan kemajuan negeri.
Pada era tahun 70-90an kawasan pembalakan
adalah menjadi rebutan oleh ahli ahli politik dan kini yang menjadi sasaran
tanah terutama yang terletak di luar bandar dan pendalaman kerana penduduknya
tidak bermaya membuat bantahan dan tiada kemampuan untuk membayar peguam bagi pihak mereka.
Adalah difahamkan bagi pihak individu selalunya hanya dibenarkan
untuk memohon tanah hanya dibenarkan setakat puluhan ekar kecuali ada kes kes
terpencil umpamanya permohonan individu seluas 300,000 ekar yang diviralkan di
media aternatif terletak di kampung Layon Nabawan dengan tujuan untuk ladang
kelapa sawit.
Apa sangat istimewa individu ini dianugerahkan tanah kerajaan seluas itu sering
hanya syarikat syarikat yang mempunyai kepakaran perladangan dan mempunyai
kedudukan modal yang kukuh atau agensi kerajaan untuk kepentingan keseluruhan
rakyat dilayan dengan permohonan berskala besar.
Saya masih teringat satu ketika dulu
En.Lantir Bakayas penduduk asli Sepulut Pensiangan telah dipenjarakan kerana
mempertahan tanah adat menurut penduduk kerana tempat akiviti menjalankan
sumber ekonomi dan kawasan pemburuan binatang liar sebagai mana amalan budaya
yang diwarisi dari leluhur mereka.
Kita amat mengharapkan apa saja bantahan
oleh penduduk terlibat wajib diteliti dengan saksama tanpa berat sebelah.
No comments:
Post a Comment