Tuesday May 10/2016
OLEH:
THOMAS SINGGIUK
SHAIMON
S JUMADI
FOTO
LILY JANE JR
www:sabahinsider14.blogspot.com
KOTA KINABALU:- Pengerusi DAP Sabah Stephen
Wong Tien Fatt telah mempengerusikan
mesyuarat DAP-PKR dan AMANAH di ibu negeri kelmarin.
Dalam perbincangan tersebut
PAKATAN HARAPAN yang membariskan DAP-PKR dan AMANAH sebulat suara telah
bersetuju pembahagian kerusi pada PRU14 nanti supaya pembangkang satu lawan
satu menentang calon-calon Barisan Nasional (BN)
Wong berkata lagi agar
kesilapan yang berlaku di PRN11 Sarawak ia tidak akan berulang lagi dimana berlakunya pertindihan calon dan DAP dan PKR bergeseran
sehingga memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional Sarawak pada
PRN11 negeri itu.
“Di Sabah kalau kita letakan
calon DAP contoh di kawasan Elopura biarlah DAP lawan satu sama satu menentang
calon BN begitu juga kalau kita telakan calon PKR kawasan Sekong biarlah
PKR lawan BN sendirian seterusnya AMANAH juga” kata Wong.
Sambil itu Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan (DAP) merayu
dan meminta masyarakat Cina Kadazan-Dusun Murut dan bumiputera Islam bersatu hati menyokong calon-calon DAP-PKR dan
AMANAH pada PRU14 nanti untuk memberi mandate
kepada PAKATAN HARAPAN untuk membentuk kerajaan negeri.
Wong yang baru kembali
daripada menerima rawatan buah
pinggangnya di Hospital Besar Kuala Lumpur
semoga Wong beroleh kesihatan dan kejahteraan selalu hendaknya.
No comments:
Post a Comment