Wednesday 25/2016\
Gambar Menunjukkan…..Zakaria
(tengah) menyampaikan bantuan bahan pembinaan kepada tiga keluarga di Kampung
Banting sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai UPPM Gum Gum dan Pejabat
Kebajikan Am Sandakaan
0LEH:
SONTOLOYO KONTOLEH
www.sabahinsider14.blogspot.com
GUM-GUM:- Tiga
keluarga di Kampung Banting, Batu 12 Jalan Labuk dimana bumbung rumah mereka
mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang pada Mei 8 lalu, telah menerima
bantuan bahan pembinaan dari Pejabat Kebajikan Am Sandakan baru-baru ini.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji
Mohd Edris telah menyampaikan bantuan berkenaan kepada wakil keluarga di rumah
Ketua Kampung Kamal Karim.
Rumah terbabit adalah milik Ketua Kampung Kamal Karim, Nasri
Jikri dan Norsidah Nasir.
Hadir bersama ialah Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan
Sandakan Jailani Majit, Sumitro Sayam dari Unit Kebajikan Produktif dan
Komuniti Sandakan, Abdul Wahid Mohd Amin, Penolong Pegawai Pembangunan
Masyrakat Pejabat Kebajikan Am Sandakan, Kamal M Said, Pemimpin Pembangunan
Masyrakat DUN Gum Gum dan Rosly Aziz, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum.
Sebahagian dari bumbung rumah terbabit rosak setelah ditiup
angin kencangjam lebih kurang 1 petang pada 8 Mei 2016. Tiada kemalangan jiwa
dilaporkan dalam kejadian itu.
Ketua Kampung Kamal Karim mengucapkan terima kasih kepada
Zakaria serta Pejabat Kebajikan Am Sandakan atas keprihatinan dan bersyukur
kerana mendapat bantuan bahan pembinaan tersebut.
Menurut Kamal Karim, ini merupakan kali kedua bumbung rumah
beliau rosak ditiup angin kencang sejak menetap disitu sejak 20 tahun.
No comments:
Post a Comment