Friday May 06/2017
OLEH: CHARLES P P ANDIANG (KK)
SHAIMON S JUMADI (SDK)
www.sabahinsider14.blogspot.com
KOTA KINABALU:- Kemalangan yang menimpa sebuah helikopter
AS350 yang terhempas berhampiran Sungai
Batang Lupar Kuching Sarawak malam tadi yang membabitkan Timbalan Menteri Perusahaan Perdagangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan suaminya
Asmuni Abdullah dan Ahli Parlimen
Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan beberapa orang lainnya jadi mangsa
sungguh menghayati.
Saya
bagi pihak pengurusan dan tenaga kerja Portal The Sabah Insider.net amat
simpati keatas tragedy yang mjenimpa mereka
kami doakan semoga Allah mempermudahkan pencarian keatas mangsa
yang terbabit dalam bahas kemalangan itu
Kata Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hasan Pengerusi
Ahli Lembaga Portal The Sabah Insider dalam satu kenyataan hari ini katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak sejdiri telah mengesahkan
helikopter AS350 yang ditemui serpihannya berdekatan dengan Sungai Batang Lupar
oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi membawa enam orang.
Menurutnya, antara mereka
adalah Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon,
suaminya Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad
Khairil Anuar Wan Ahmad.
Noriah juga adalah Ahli
Parlimen Sungai Besar. Turut berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai,
pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex
Ragas.
Helikopteryang membawa
rombongan kenamaan itu dalam perjalanan dari Betong ke Kuching berlepas dari
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong dengan lokasi terakhir dikesan
di Triso, Sebuyau.
"Setakat ini kita
tidak boleh buat sebarang kesimpulan yang kita sudah kehilangan mereka,"
kata Najib pada sidang media pagi ini semasa ditanya sekiranya ini bererti
semua mereka sudah tiada lagi.
Perdana Menteri berkata
semua aset yang berkaitan sudah diarah melancarkan operasi dan menyelamat
"semaksimum mungkin" di sekitar kawasan berkenaan.
Setakat ini antara serpihan
yang ditemui termasuk, sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian
daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat.
Perdana Menteri berkata
beliau dimaklumkan bahawa kawasan serpihan itu ditemui amat luas, yang mungkin
akan menyukarkan operasi mencari dilancarkan.
"Namun segala usaha
dan aset yang dapat kita guna pakai dalam operasi ini kita akan mengerahkan
semaksimum mungkin," katanya.
Beliau menganggap kejadian
itu sebagai satu tragedi kemalangan yang tidak diduga dan seterusnya
mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak berkaitan yang melancarkan gerakan
mencari dan menyelamat dengan cukup pantas.
No comments:
Post a Comment