Tuesday May 24.2016
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www. Sabahinsider14.blogspot.com
KADANG-KADANG
saya yang tidak menjadi ahli mana-mana parti ini cukup hairan melihat telatah
dan sikap bangsa kita di Sabah.
Ada
parti UPKO, PBS, PBRS tetapi sekongkol dengan BN susahkan rakyat Sabah sedang
mereka senang mewah dapat projek untuk kayakan anak bini.
Lagi
hairan orang kampung yang kita sedarkan begitu mudah terpengaruh dengan
kata-kata manis kesan ada BR1M dan Tangki biru puji mereka setengah mati tetapi
hidup mereka disusahkan oleh BN kesan GST dan semuanya kerajaan ambil semula
melalui cukai GST.
Kekadang
kita jadi geram dan marah entah sampai bila mereka ini mahu sedar dan kalau
orang kampung tidak faham tidak mengapa tetapi ada pula yang lulusan universiti
dan kerja di kerajaan sama saja pemikiran mereka.
Tidakkah
mereka sedar Sabahan ini seolah kena sihir lupa diri dan angguk-angguk kesan
dikasih BR1M dan tangki biru, sedang YB/menteri-menteri kaya raya termasuk anak
bini mereka.
Orang
kampung pula cukup setia dan bersyukur dengan air sungai yang hingga sekarang
tidak ada paip air dan api letrik juga tidak cukup tenaganya kesan alat2 letrik
mudah rosak sedang jalanraya binatang tak sudi jalan.
Ada
sungai, sungai tercemar kesan pembalakan yang milik VVIP atasan pak menteri
yang rakus, tamak haloba.
Memang
saya hairan dan merasa aneh dan apakah hingga nanti makan bangkai berulat dan
mereka tak punya tanah, malah untuk semadi tidak ada tanah untuk ditanam baru
mereka sedar dan insaf dan baru mereka mengatakan yang kita ini bercakap benar?
Saya
geleng kepala dan tambah hairan kita pula dikatakan KARABAU yang sesukahati
dicucuk hidung oleh Anwar dan PAKATAN meski kita bukan mana-mana parti sekadar
bersuara demi Sabahah semuanya.
Sayapun
tidak tahu apa lagi yang harus saya perkatakan dan kekadang kata kawan diam itu
lagi baik tetapi semuanya ini tanggungjawab kita yang diamanahkan oleh Allah
untuk menyedarkan semua bangsa kita.
Salam
bahagia dan doa semuanya maju jaya
No comments:
Post a Comment