PILIHAN RAYA SARAWAK
( BN jelas masih berkuasa)
( BN jelas masih berkuasa)
Thursday May 05/2016
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
SARAWAK tidak seperti Sabah dan negeri-negeri lain di Malaya.
Tidak seperti Pinang dan Selangor yang rakyatnya terdedah dengan maklumat
terkini.
Sabah meski terdedah, tetapi penduduknya tidak bersatu
hati, malah KDM berpecah dan pengundi luar begitu ketara ada di sana sini.
Sarawak memang kurang pengundi luar kesan pantai dan
sempadan tidak ada pintu belakang seperti di Sabah, tetapi pengundinya di
pedalaman belum terdedah dengan maklumat terkini dan rata-rata tidak tahu yang
mereka tertipu bawah BN.
Jalan utama di Sarawak ialah sungai dan untuk datang ke
satu lokasi kadang-kadang berhari-hari melalui perahu tambang dan memang sukar
sangat dikunjungi.
Kesan sukar dikunjungi, maklumat seperti internet, TV
juga susah dan mereka rata-rata tidak tahu keadaan sebenarnya dan itu sebab
penceramah-penceramah dari luar dilarang datang dianggap pengacau ditakuti
membongkar segala kelemahan BN dan pemimpin BN yang kaya raya di Sarawak.
Keadaan Sarawak jauh berbeda dengan Pinang dan Selangor
yang maklumat di hujung jari dan di Sarawak pula tersembunyi dan rakyat hanya
menerima berita dari TV dan kenyataan dari pemimpin BN sendiri yang terus
memburuk-burukkan pembangkang meski berkata benar.
Kesan seperti yang saya katakan maka tahap pemikiran
Sarawakian masih jauh di luar sedar banding negeri-negeri lain seperti Selangor, Pinang dan seluruh
semananjung Malaysia.
PRU lalu BN Sarawak kuasai secara majoriti 2/3 DUN
Sarawak dan barangkali kuasa itu dikekalkan tetapi yang saya amati PH bakal
menambah kerusi di bandar jika calon bertindih dapat diselesaikan secara
rundingan dan jika tidak, maka kemungkinan apa yang PR dapati di musim lalu
bakal merosot kesan undi pecah.
Pada umumnya saya meramalkan BN masih berkuasa tetapi
barangkali kerusi kurang persennya banding masa lalu meski ada tambahan kerusi
kesan persempadanan baru.
Apapun Pilihan raya kali ini tidak membawa perubahan
kepimpinan peringkat nasional dan kita harus berkerja keras mendapatkan lebih
112 kerusi MP di PRU umum Malaysia akan datang merebut 222 kerusi Parlimen
untuk mengubah sistem tadbir di Malaysia.
Malaysia hanya berubah jika BN tersungkur dan jika
sebaliknya maka masa depan negara akan lebih susah terutama Sabah dan Sarawak
bakal kekal
No comments:
Post a Comment