Friday May 06/2016
UGUTAN Datuk Mohd Nazri Azir kepada orang-orang kampung di
Sarawak semasa kempen ceramah Pelihanraya Negeri (PRN11) sebenarnya tidak
membawa sebarang keuntungan kepada calun-calun Barisan Nasional (BN) yang
bertanding.
Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan Aktivitis Masyarakat
ketika mengulas dan memetik sebuah video bertajuk: “NASRI UGUT ORANG KAMPUNG
JIKA BN KALAH SAYA TAK TOLONG KAMU”
Katanya ugutan tersebut kepada orang-orang kampung itu
tiada membawa sebarang kebaikan kepada calun-calun BN malahan menimbulkan
kemarahan dan kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) caranya bukan
bentuk ugutan kalau hendak menawan hati pengundi.
“Kitapun sedia maklum rakyat Sarawak yang terdiri dari
suku Iban-Dayak Penan Bidayu dan Cina adalah paling anti dengan orang-orang
Semenanjung kenapa PRN11 Ketua Menteri selaku Pengerusi Barisan l Nasional (BN)
Negeri Sarawak membawa masuk untuk meminta bantuan orang-orang Semenanjung
khususnya ahli-ahli UMNO untuk kempen PRN11 ini.” Katanya.
Kemellia menambah ramai orang tidak sukakan Nazri Aziz
sedangkan ahli-ahli UMNO sendiri dan para pimimpin komponen BNpun anti dengan
Nazri Aziz kerana mempunyai perwatakan seperti samseng jalanan.
“Orang seperti Nazri Aziz lebih berbahaya dari ahli-ahli
parti pembangkang di dalam UMNO sendiri dia (Nazri) adalah petualang dan suka
mempora-perandakan ahli-ahli UMNO jadi kucar-kacir “ tegasnya.
Katanya lagi dengan kehadiran orang-orang UMNO datang ke
Sarawak membantu kempen PRN11 banyak menimbulkan pelbagai masalah kepada suku
kaum Dayak-Iban-Penan Bidayu dan Cina ini jelas kehadiran mereka mengundang
kekalahan calun-calun BN yang bertanding di beberapa kawasan DUN.
No comments:
Post a Comment