KDM ADA PBS-PBRS- UPKO DAN TAK TERFIKIRKAH?

Tuesday May 24/2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

HAKIKAT fakta Malaysia hanya berubah jika ada parti bisa menangi lebih 112 kerusi MP. Jika tidak, baik diam jangan cerita sebab parti yang memenangi lebih 112 kerusi MP sahaja bakal kuasai WANG DISATUKAN, polis, tentera, JPN, Imigresen, pendidikan dan yang lain lebih penting.
Bangsa Melayu/islam tentulah memilih UMNO kerana parti itu jelas milik Melayu sebab disebut perkataan MALAY dan seburuk maka mereka sure Melayu juga mereka utamakan kecuali yang menentang dan benci korupsi dan menipu.
KDM bagaimana?
KDM ada parti PBS, PBRS dfan UPKO tetapi parti ini hanya menumpang kasih dan pemimpin berkenaan saja duduki kerusi menteri dan suku sakat adalah sedikit dapat bersih parit dan sebagainya sedang yang juta milik suku sakat UMNO dan apa KDM tidak nampak ini?
Itu untungnya pemimpin PBS, PBRS dan UPKO sedang yang lain kalangan KDM meski dalam BN tetapi jauh terpinggir dan yang lagi jauh terpinggir yang langsung tiada kaitan dengan ketiga parti.
Apakah KDM tidak nampak itu?
Kita ini melihat segalanya penuh sedih dan rawat dan usaha lihat kehidupan mereka di Paitan, Pitas, Ulu Tomani, Ulu sugut/Kinabatangan dan daerah2 jauh di pedalaman yang kekadang anak mereka hanya belajar setakat darjah enam dan berhenti bila memasuki tingkatan satu dan alasan tidak mampu kesan kemiskinan.
Bukankah Saban ini rekodnya TERMISKIN di Malaysia, apa KDM tidak nampak dan siapa saja yang termiskin itu? Jangan kata PTI, mereka jenis rajin dan kaya raya meski dilihat miskin.
Nah, makanya kami turun dan siap korbankan segalanya mahukan keadilan itu ditegakkan seperti saranan Islam adil kepada semua bangsa di Malaysia seperti zaman Nabi yang bukan Islam terlindung dan terasakan selamat di bawah pimpinan Nabi.
Yang ada sekarang ini meski mulut mereka berkata rakyat didahulukan tetapi hakikat jelas diri mereka, saudara mara, suku sakat, adik ipar biras diutamakan untuk jadi kaya macam taukeh judi beli belah di luar negara.
Apakah kamu KDM tidak tahu atau mudah lupa kesan BR1M dan tangki biru yang selalu ada dikasih rakyat di pedalaman dan merasa senang dikasih sekeping dua zink?
Sebenarnya kalangan kami ini tidak bersuara sudah cukup apa yang ada dan tidak perlu berpolitik ampu sikit bisa jadi kaya, tetapi apa gunanya kaya, pandu king ninja jika saudara2 kita KDM rumahnya di ulu-ulu mahu roboh dan malam cahaya bulan menembusi bumbung rumah?
Memang sedih meski tak merasa tetapi apa yang saya lihat dengan mata hati saya sendiri hiba sedih itu selalu saja ada meski agama beda bangsa beda tetapi dato nenek/moyang saya sama dusun juga dan ramai pupu-pupu dusun dan kristen agama.
Cubit paha kanan paha kiri sama merasa sakit.
Lalu kenapa saja tidak KDM sokong PH dan pastikan PH menangi lebih 112 kerusi MP di PRU-14 akan datang dan dengan demikian kita mahu AUTONOMI dan Perjanjian 63 dilaksanakan sebab itulah janji Anwar ketika saya dan Anwar bercakap on Stage 16 september, dua tahun lalu.
Salam kasih sayang semua sabahan


No comments:

Post a Comment