Saturday May 07/2016
OLEH: SONTOLOYO GATEL PAKLOSO
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN: Tindakan seorang
pengusaha besi buruk membakar sampah sarap serta sisa buangan lain di tepi
jalanraya di Jalan Maktab, Batu 1 ½ Jalan Utara telah menimbulkan keraguan
pencemaran udara dari kalangan penduduk persekitarannya dan juga pengguna jalan
yang lalu lalang di situ.
Jelas kelihatan besi buruk yang dikumpul oleh
pengusaha tersebut diletak bertimbun di ruang lapang tepi jalan
berkenaan. Selain dari aspek pencemaran akibat pembakaran sisa buangan
dan bahan-bahan plastic secara terbuka, kawasan itu boleh menjadi tempat
pembiakan nyamuk.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Elopura
Chan Tzun Hei telah meninjau tempat itu bersama Kapitan Cina kawasan
Elopura James Leong selepas menerima beberapa aduan dari penduduk kawasan
berhampiran.
Menurut seorang penduduk pengusaha itu membakar
sampah sarap dan sisa buangan di tepi jalan raya setiap petang dan yang
menyebabkan udara di sekitar tercemar oleh bahan plastik dan toksik yang
membahayakan kesihatan awam.
Aktiviti pembakaran sedemikian ini telah dilakukan
oleh pengusaha itu lebih dari tiga tahun.
Ketika ditemui media di lokasi berkenaan, Chan
memberitahu bahawa pihaknya akan mengajukan perkara itu kepada Jabatan Alam
Sekitar dan jabatan-jabatan berkenaan seperti Majlis Perbandaran Sandakan untuk
tindakan lanjut.
Chan juga meminta kerjasama dari pengusaha supaya
menghentikan pembakaran secara terbuka yang dilakukannya itu sehingga
pihak-pihak berkenaan memberi pengesyoran terhadap operasi beliau
(pengusaha).
No comments:
Post a Comment