Wednesday May 25/2016
Gambar Kelihatan…..Linda (tengah)
meninjau keadaan perhentian di sepanjang Jalan Cecily
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.
BATU SAPI:- Lapan perhentian bas di sepanjang Jalan
Cecily yang rosak dan berada dalam keadaan usang akan dibaiki dalam tempoh
terdekat.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda
Tsen Thau Lin selepas beliau meninjau kemudahan awam di Jalan Cecily ketika
program turun padang beliau baru-baru ini.
Beliau berkata tujuh perhentian bas akan dibaiki manakala
satu lagi yang terletak berhampiran SJK (C ) Lok Yuk akan diganti dengan
perhentian bas yang baharu.
Menurut Linda, beliau telah mengarahkan kakitangannya untuk
melaksanakan kerja berkenaan dalam tempoh terdekat demi keselesaan dan
keselamatan penduduk-penduduk.
Beliau akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen
beliau untuk mebuat kerja-kerja pembaikan serta pembinaan kemudahan tersebut.
Turut hadir dalam tinjauan ialah Ketua Pegawai Perhubungan
Pejabat Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.
No comments:
Post a Comment