Monday May 16/2016
OLEH: AZMIE AZMAN
www, sabahinsider14.blogspot.com
Gambar Kelihatan…..Zakaria (topi
putih) menyampaikan air minuman kepada wakil Kampung Jaya Bakti kelmarin
GUM-GUM:- Penduduk di 11
buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum yang mengalami masalah
bekalan air berikutan cuaca kemarau, telah menerima air minuman dari UMNO
Bahagian Libaran.
Penghantaran fasa ketiga ke Kampung Jaya Bakti dan Kampung
Sungai Memanjang di Jalan Beluran telah dilakukan oleh rombongan
dari UMNO Bahagian Libaran diketuai oleh Naib Pengerusi Bahagian merangkap ADUN
Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris kelmarin.
Menurut Zakaria, sebanyak 299 kotak air minuman telah
dihantar dimana penduduk Kampung Jaya Bakti dan Kampung Sungai Memanjang
masing-masing menerima 185 kotak dan 114 kotak.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Negeri, berharap penghantaran air minuman akan dapat membantu
meringankan beban penduduk-penduduk pada musim kemarau ini.
Turut hadir ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum
Rosly Aziz dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
Zakaria turut memberitahu bahawa projek bekalan air yang
menelan belanja lebih kurang RM 40 juta yang kini dalam peringkat awal
pemasangan paip, akan memanfaatkan lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung
termasuk Jaya Bakti dan Sungai Memanjang.
Katanya, pelaksanaan projek itu menunjukkan bahawa Kerajaan
Barisan Nasional peka dengan keperluan rakyat terutama di kawasan luar bandar
dan akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan yang mendesak seperti air
bersih.
Pelaksanaan projek ini akan dapat meringankan beban tentang
kesukaran penduduk mendapatkan bekalan air bersih ketika kemarau, apabila
projek tersebut siap sepenuh kelak, tambah Zakaria.
Sementara itu, penduduk kampung berkenaan mengucapkan terima
kasih kepada pemimpin UMNO Bahagian Libaran khususnya Ketua Menteri Datuk Seri
Panglima Musa Haji Aman, Zakaria dan Ahli Parlimen Datuk Juslie Ajirol
yang prihatin terhadap pemasalahan yang dialami mereka .
No comments:
Post a Comment