KETUA BAHAGIAN UMNO SUNGAI BESAR JAMAL YUNOS SAMSENG JALANAN ANCAM BUNUH ALI TINJU


Friday May 13/2016


OLEH: RAMASAMY A/L KARUNAKARAN
www:sabahinsider14.blogspot.com

PETALING JAYA:- Jumpa ruas dengan buku samseng jalanan berjumpa samseng gelandangan antara Datuk Jamal Mohd Yunos dengan Mohd Ali Baharom (Ali Tinju)
Dakwa Ali Tinju bahawa Jamal Tongkol  menggugut untuk membunuhnya sampai mati dan Ali Tinju akan berdepan dengan peluruh pistol kepunyaan Jamal bakal menembusi rusuk dadanya.
Kenapa Ali Tinju gentar apa bila mahu ditembak mati oleh ketua samseng jalanan yang memang terkenal selalu buat hal dengan menguguna kuasanya sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar untuk menggertak dan mengugut orang.
Ali Tinjupun apa kurangnya samseng geladangan kerja mereka berdua serupa saja suka mengugut orang pukul orang sampai mati tetapi pihak polis Dang Wangi takut menangkap mereka berdua sebab mereka samseng dan pembunuh berlesen dari kerajaan BN.
Sejarah hitam kini telah menghantui  Ali Tinju yang dia ancam hendak di tembak sampai mati oleh Jamal Tongkol.
Kelmarin pagi Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju, menuduh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos mengancam untuk membunuhnya.
Mohd Ali, yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangi Wangi, menggesa pihak berkuasa untuk menarik balik lesen senjatapi yang diberikan kepada pemimpin Umno itu.
Menurut laporan polis, Mohd Ali mendakwa Jamal membuat ancaman terhadapnya melalui panggilan telefon pada kira-kira 7.10 petang semalam.
"Antara ugutan itu adalah aku pukul kau sampai mati, aku tembak kau, dan aku cari kau... aku datang rumah.
"Saya membuat laporan polis ini (kerana) takut terjadi apa-apa hal kemudian hari dan meminta polis mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya dalam laporan polisnya.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis, Mohd Ali berkata membunuhnya adalah sama dengan membunuh jeneral Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya ingin memberitahu Jamal, jika saya - jeneral Najib - mati, siapa yang akan tinggal untuk jaga (isteri Perdana Menteri Datin Seri ) Rosmah Mansor dan Najib" katanya.
Beliau juga memberi menolak kemungkinan pencalonan Jamal dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dengan menuduhnya terlibat dalam kegiatan samseng.
Sementara itu, ketika dihubungi, Jamal mendedahkan bahawa beliau juga telah membuat laporan polis terhadap Mohd Ali hari ini, menafikan bahawa beliau membuat ugutan untuk membunuh.Jamal yang membuat laporan di balai polis Sekinchan, berkata dakwaan Mohd Ali itu bertujuan untuk memfitnah dirinya.
“Kenyataan itu berniat jahat dan bertujuan untuk mencemarkan reputasi dan memalukan saya dan keluarga saya," katanya dalam laporan polis.
Mohd Ali dan Jamal adalah sebahagian daripada gerakan baju merah pada perhimpunan di ibu negara pada 16 Sept tahun lalu tetapi kemudiannya tidak lagi sehaluan.


No comments:

Post a Comment