Tuesday May 03/2016
OLEH: JENANG ANAK
NYALOU
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
PENGUMUMAN yang dibuat oleh Setiausaha
DAP Bahagian Sarikie Wong Ching King yang keluar daripada parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti DAP sama sekali tidak
memaranjatkan ahli-ahli DAP keseluruhannya.
Semua orang tahu ini musim
demam pilihanraya Negeri (PRN-11) Sarawak orang-orang yang telah kecewa tidak dipilih sebagai calun
mulai menunjukkan belang masing-masing merajuk membawa diri kemudian
mengiystiharkan keluar dari parti itu sudah lumrah mainan ahli-ahli politik
tidak kira parti pembangkang atau parti politik pro kerajaan.
Dato Seri Paduka Dr Kemellia
Hassan Pengerusi Ahli Lembaga Portal
Onile The Sabah Insider.net berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan
Wong Ching King yang diiystiharkan keluar dari DAP Bahagian Sarikie
Dakwa Kemellia mungkin Wong
telah mendapat tawaran ganjaran yang
lumayan daripada BN itulah sebabnya dia berani menghianati parti sendiri kenapa
dahulu sebelum menyertai parti DAP tidak
terfikir akan risikonya sebagai sebuah
parti pembangkang yang memang banyak kecaman dari pihak parti pemerintah kenapa
baru sekarang cakap sudah hilang
kepercayaan terhadap parti DAP.\
Kata Kemellia perletakan
jawatan Wong sebagai Setiausaha DAP dan sekakaligus keluar meninggalkan parti
itu sedikitpun tidak menggugat
kredibiliti perjuangan parti itu
malahan orang yang tidak jujur seperti Wong Ching King amat dialu-alukan keluar
dari DAP kerana perjuangannya diibaratkan duri dalam daging dan gunting dalam
lipatan dan tidak ikhlas berjuang untuk
kepentingan diri dan peribadinya saja.
No comments:
Post a Comment