BUAT KACAU PARTI MALAYA DAN ORANG MALAYA DATANG KE SARAWAK.....DAKWA ADENEN

 Sunday May 01/2016


OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14blogspot.com

KOREK lobang tutup lobang. Begitulah politik Malaysia.  Rakyat mungkin terlupa sebentar kasus 1MDB kesan sebuk di Sarawak. Kata KM Sarawak parti Malaya tak perlu datang dan ramai pembangkang dilarang masuk dan demikian juga di Sabah alasan mengacau.

Jika alasan itu konon mengacau saya setuju juga tetapi parti UMNO/BN siap pula berkampung di Sarawak dan terus mengutuk guna TV3 dan Utusan serta media lain yang kerajaan kuasai. Jelas itu tidak adil.

Nah, kesan sebuk di Sarawak, maka rakyat lupa sebentar kasus 1MDB dan hutang 1MDB terus membengkak dan membengkak dari 50 bilion terus meningkat dan meningkat.

Rakyat sebenar kurang pasti yang kerajaan berhutang bukan saja 50 bilion, malah semua hutang negara di sekitar 900 bilion.

Hutang kerajaan makna hutang rakyat semuanya. Arul kanda telah akui di 1MDB ada unsur-unsur penipuan dan memang benar sebab aliran wang keluar negara tidak jelas laporannya dan lagi jelas ada penipuan bila Hasan memadam dua ayat penting dalam laporan PSC itu.

Kenapa Hasan padam? Nah, di situ sudah kita tahu bahawa mereka mahu selamatkan atasan dan macam-macam saja alasan mereka sedang hutang 1MDB terus membengkak dan membengkak. Hutang kerajaan dekat 900 bilion termasuk hutang 1MDB adalah hutang kerajaan, itu membawa makna hutang rakyat Malaysia sekitar 30 juta.

Siapa juga memerintah selepas PRU14, maka kerajaan itulah yang bakal menyelesaikannya.

Kesan kerajaan yang bertanggungjawab, maka rakyat kena berkorban dan kerajaan memilih rakyat kena sama membayar dan caranya dikena/laksanakan GST dan itulah saja yang selamatkan negara dan nantinya para pemimpin di atas siap mengisi kantung masing-masing dengan bermacam projek secara award untuk anak bini serta kroni dan rakyat hanya terus menyumbang dan bersedekah.


Inilah kerajaan Malaysia bawah pimpinan Najib,sementara rakyat meski susah papa kedana terus saja bersedekah kesan terlalu baik sangat terutama Sabahan yang selalu saja tunduk tidak menanduk. Selamat Hari Pekerja

No comments:

Post a Comment