DI BAWAH KERAJAAN BN SABAH-SARAWAK RAKYATNYA MENDERITA SEUMUR HIDUP

Friday May 06/2016

BUTA MATA HATI 
( rakyat terus dipermainkan dengan janji-janji kosong)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www:sabahinsider14.blogspot.com

SABAH ini termasuk Sarawak diibarat sepohon pokok yang rimbun dahan cabang melindungi semua yang tinggal di dalam dari hujan dan panahan panas matahari.


Setiap kita yang tinggal di bawah kena bertanggungjawab tanpa kira apa bangsa, agama, budaya dan kepercayaan harus bersatu pertahankan.

Sesiapa saja yang menetak tiap dahan yang ada atau mengorek lobang merosakkan akar, kita kena siap bangun dan menentang dan jika terus tak mahu berhenti maka selayaknya ditendang alias buang negeri agar tidak menjadi virus perosak pohonan yang sama kita jaga.

Demikianlah Sabah ini bagai pohonan yang subur tumbuh dan dan banyak menghasilkan sumber kesan anugerah Allah.

Kita semua tahu Allah anugerahi kita gunung yang cantik, lurah yang luas, daratan yang seluas mata memandang dan pantai yang cantik serta laut yang banyak sangat hasil dan di dalamnya Allah kasih kita emas hitam yang berbilion nilainya tak akan habis sampai kiamat.

Di daratan sekitar bukit gunung ada balak hutan tebal dan di dalam perut bumi ada tembaga arang batu dan banyak lagi yang belum kita terokai dan disamping itu mula di Ranau-Telupid-Sandakan-Lahad Datu-Tawau-Sipitang seluas mata memandang padang sawit menghijau disamping ladang-ladang getah yang cukup hebat.

Ke mana saja kekayaan berkenaan? ke mana hasilnya emas hitam? Tanah seluas mata memandang itu milik siapa dan lori2 yang mengangkut buah-buah sawit itu milik siapa? dan siapa saja yang berkerja di ladang-ladang itu? taukeh2nya dari mana?

Bukan saja tanah seluas mata memadang, malah pulau-pulau yang ada di Sabah beratus malah dekat ribu milik siapa? apakah milik kadazan/dusun, brunei, bajau atau sebaliknya?

Anak-anak yang ada sekarang apakah punya tanah sendiri untuk mati buat persemadian nanti? atau sekadar tanah milik waris bapa nenek dato pemberian penjajah dulu di zaman inggeris? Cuba kita fikirkan semuanya ini.

Sekian lama kita merdeka dan usahalah pergi ke Paitan, Ulu Tomani, Ulu Kinabatangan, Ulu Pitas dan masuk ke dalam-dalam jauh pekan Kota Marudu, Tenom, Kuala Penyu kita akan melihat apa sebenarnya.

TV dan Utusan serta pemimpin BN kata Sabah cukup maju dan hebat tetapi jalanjalan raya di luar bandar/kampung-kampung di ulu kekadang babi hutan enggan lalu dan inikah yang namanya kemajuan?
masih banyak rumah jauh dari pekan tidak punya api letrik dan air paip, tapi masih ada sungai sedang sungai tercemar kesan pembalakan milik sang menteri atas nama kroni dan di jalan raya berlori-lori balak diangkut dihantar ke luar negara dan mereka cepat kaya. rakus dan laknatullah!

Kita lihat rumah-rumah orang kita dan bayangkan sesudah sekian tahun kita merdeka ada yang masih sama seperti di zaman penjajah. Kenapa jadi demikian?
Alasan yang otak tak benar konon mereka itu malas dan enggan berusaha dan tak mahu kemajuan. Bagaimana mahu maju kalau hasil negara dirompak, balak habis dikerjakan jadi padang jarang padang tekukur dan di ranau tasik tinggalan kesan tembaga membawa bala yang tinggal di sekitar.

Mereka yang mengusahakan hutan sejak berabad warisan dato nenek mereka dirampas dan dikasih sama orang luar atas alasan demi pembangunan. Pembangunan apa itu hingga orang tempatan dihalau seperti binatang jalang?

Rakyat dimanis dengan bantuan BR1M dan tangki biru serta zink dan ini sekadar pujukan dan yang tidak punya pendidikan langsung mengatakan mereka itu terbaik dan apa yang disuarakan oleh pembangkang dikatakan khianat dan laknat.

Mereka kasih RM50 kala election, tetapi berjuta masuk ke kantung diri dan anak bini serta kroni dan ini rakyat tidak tahu. Sementara kalangan yang bijak terdiri menteri dan YB-YB khianat hanya diam sebab mereka sendiri sudah disogok atas nama kroni dengan projek berjuta dan itulah yang menyebabkan mereka kaya raya di halaman rumah tersusun kereta mewah dan rumah seperti istana tak sesuai dengan gaji yang didapatkan oleh seorang menteri atau YB yang sekadar RM15 sebulan.

Kalangan YB dan Menteri memang bijak lulusan universiti tetapi kesan di mata dan kepala mereka membayang RINGGIT mahu cepat kaya, maka perhatian mereka kepada rakyat tidak lagi dipeduli dan ketika itu neraka seksaan kubur tidak lagi mereka kesah kesan dikejar kekayaan dunia dan siapa cepat dia dapat. jadi mereka kalangan menteri-menteri/YB berebut-rebut macam orang gila.

Pemimpin yang laksanakan dasar Islam tentu takut dengan sikap salah guna amanah dan Islam itu adil tetapi apa yang kita lihat Malaysia ini hanya terkenal dengan nama Islam Hadhari dan Islam Contoh tetapi pemimpinnya tak boleh pakai sebab rata-rata koruptor dan keadaan ini cukup terkenal di mata dunia yang kesannya memalukan kita semua.


No comments:

Post a Comment