RAYMOND TAN SENGAJA TIDAK PERTAHANKAN KABOTAJ SABAH ..... DAKWA WONG


Tuesday  January 12.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www. Sabahibsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan merangkap Pengerusi DAP Sabah   Stephen Wong Tien Fatt menggesakan  Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian untuk memastikan bahawa terdapat wakil Sabah untuk menghadiri ke Mesyuarat Majlis Eskport Negara yang akan diadakan pada bulan ini, dan bertujuan  untuk mencerminkan dan memastikan akan  kesusahan rakyat Sabah yang disebabkan Dasar Kabotaj Negara.

Beliau berkata system dasar kabotaj yang ada sekarang di Negeri Sabah adalah tidak adil seperti yang diperkatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Sri Ahmad Sabery Cheek dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

Tetapi sungguh amat menyedihkan  kenapa Raymond Tan Shu Kia sebagai wakil rakyat  Sabah bertindak telah mempertahankan Dasar Kabotaj ini  dan sengaja meredakan kerosakan yang disebabkan  oleh dasar tersebut  dan kenyataannya adalah bertentangan dengan fakta yang sebenarnya yang bermotifkan untuk mengelirukan rakyat

Dengan ini Wong kesal terhadap sikap seorang pemimpin Sabah yang telah dipilih dalam beberapa penggal pilihanraya umum akan tetapi tidak mempunyai rasa tanggungjabawab kepada negeri Sabah.


“Saya cabar kalau  Raymond Tan sudah tidak berminat untuk menjadi Menteri khususnya wakil rakyat lebih baik letak jawatan  saja  daripada bertindak menyusahkan rakyat” tegas Wong

No comments:

Post a Comment