KES MUHYIDDIN MUKHRIZ BEZA


Friday January 22.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com


KES  Tan Seri Muhyiddin Yassin dan  Datuk Mukhriz Tun Mahathir  dua perkara beza.

Lantikan Muhyiddin ke kabinet sebagai timbalan perdana menteri hak Najib dan Najib juga berhak singkir mana-mana  menteri yang tak sebulu dengan dia.

Sementera kedudukan Muhyiddin dalam parti itu bukan kuasa Najib dan tiada siapa berhak buang kecuali jika didapati salah melanggar peraturan parti boleh dipecat.

Kasus Mukhriz memang lain sikit soal pecat dari kerusi Menteri Besar Kedah bukan hak Najib tapi itu hak majoriti  ADUN- ADUN  BN dalam dewan.

Jika majorIti  YB-YB  DUN BN dI KEDAH tak sokong Mukhriz maka Mukhriz dengan sendirinya tersingkir atau majoriti YB-YB  di DUN kedah undi tak percaya juga menyebabkan Mukhriz boleh disingkir.

Najib tak berhak pecat Mukhriz sebagai MB tapi Najib berhak pecat Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri Kedah.

Inilah dalam kanca politik  dan dasar UMNO suka  gigit-menggigit  dan cantas mencantas semasa sendiri bagus juga ini memberikan peluang seluas-luasnya kepada pembangkang untuk menerajui kerajaan Negeri Kedah pada menjelang PRU14 nanti.

Fenomena ini berlaku bila mana  tercetusnya  suka campur tangan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad   dalam hal ehwal uruan pentadbiran  kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga kepimpinan UMNO yang lari jauh menyimpang daripada agenda perjuangan asal UMNO

Najib memang jenis orangnya suka mendendam sesiapa saja ahli-ahli UMNO yang gemar mengkritik atau memprotes akan kehendaknya (Najib) pastinya bakal menimpa bala sama ada orang itu berjasa berjuang mati-matian dalam UMNO dari awal hingga ke zaman ini bagi Najib semuanya itu tak penting siapa lawan saya pastinya saya akan singkir dari apa-apa jawatan mahu dalam UMNO.

Sebenarnya Najib tak berani berterus terang kalau dia (Najib) mahu menjahanam seseorang itu  dia suruh tali barut dah baruahnya untuk berbuat demikian bagi pihak dirinya.


No comments:

Post a Comment