Sunday January 31.2016
OLEH: SALINA ABDUL GHAFAR
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN: Penduduk taman perumahan di kawasan Elopura disaran
menubuhkan pasukan Bomba Komuniti (PBK) untuk memperluaskan kesedaran mereka
akan kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal semasa kecemasan.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) zon Sandakan Anddre Andrew kepada Kapitan kawasan Elopura
James Leong semasa menerima kunjungan kehormat dari James di JBPM zon
Sandakan kelmarin.
Program Bomba Komuniti bertujuan untuk memperluaskan kesedaran
awam akan kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal sekiranya berada
didalam kecemasan, kata Anddre.
“Setakat
ini tujuh PBK telah ditubuhkan di Sandakan. Setiap pasukan mempunyai 10
ahli dan pihak Bomba akan tetapkan satu masa untuk memberi ceramah kepada
mereka selepas penubuhan PBK tersebut,” tambah Anddre.
Menurut Anddre, pihaknya mensasarkan 10 PBK untuk Sandakan dan
mengalu-alukan penyertaan penduduk taman perumahan termasuk masyarakat
Cina di kawasan Elopura dalam program berkenaan.
Penduduk taman perumahan di kawasan Elopura boleh menghubungi
Anddre untuk pertanyaan berhubung penubuhan Pasukan Bomba Komuniti di talian
089 21 4444, kata James.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Nordin Pauzi semasa
pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Peringkat JBPM Sabah sempena
sambutan Tahun Baru Cina 2016 di Sandakan baru-baru ini, telah memberitahu
bahawa JBPM Sabah menyasarkan untuk menubuhkan 200 PBK di Sabah.
Sementara itu, Anddre serta James turut menasihati
masyarakat di Sandakan supaya meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran
sepanjang musim Tahun Baru Cina.
No comments:
Post a Comment