MENTERI NANCY OTAK DIMAZLANKAN? (apakah kenyataan Nancy benar?)

Tuesday January 12.2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

NANCY MENTERI... tiada otak ngomong sembarangan aja...
ORANG bumi di Sabah tahu malu, tahu harga diri. Baik Murut, Dusun, Brunei, Rungus, Bajau, Irranun dan bangsa-bangsa lain bukan keturunan pencuri atau lanun.

Bangsa-bangsa di Sabah yang tulin tidak pernah dalam sejarah dikenali sebagai perompak dan pencuri dan tidak seperti bangsa-bangsa lain yang dulu tinggal di laut dan kerjanya melanun.

Saya tidak faham kenapa Menteri bernama Nancy ini bercakap tidak menggunakan otak dan apakah dia sudah membuat kajian terperinci yang boleh dipercaya kalau kaum bumi tidak dibantu akan menjadi pencuri?

Memang di Sabah ini ramai yang tidak dibantu dan harta siapa yang mereka curi selama ini dan bukankah yang mencuri harta kaum bumi itu kalangan para pemimpin sendiri yang menyebabkan Sabahan menerima anugerah
TERMISKIN sekali di Malaysia?

Cuba saja kaji yang tanah beribu-ribu ekar dari Ranau menuju Telupid, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kalabakan Tenom dan Sipitang milik syarikat mana? Siapa yang memiliki ladang-ladang  yang terbesar itu?

Siapa saja yang menumbang balak dan mencuri tembaga serta emas hitam di bumi Sabah? adalah kaum bumiputera di Sabah sendiri menjadi pencuri segala khazanah negara bangsa itu?

Siapa yang mengambil alih tanah-tanah  adat yang didiami oleh kaum bumi sejak beratus tahun kesan keturunan dan kemudian kaum bumi dihalau seperti haiwan dan apakah ini tidak diperkatakan siapa sebenarnya yang mencuri atas nama pembangunan kononnya?

Berbilion didapatkan kesan hasil Sabah melalui emas hitam, sawit, cukai kastam GST dan macam-macam sekitar 60-70 bilion setahun dan yang sabah dapat dari WANG DISATUKAN hanya 4 bilion dan siapakah yang mencuri selebihnya itu?

Sabah dikatakan maju memang pembangunan terus berkembang tetapi apa namanya pembangunan kalau sekadar bandar sedikit berubah dan rakyat di luar bandar sejumlah 3 juta itu hidup merasa terbeban kesan tekanan hidup barang yang mahal dan kesan GST yang mencekek leher rakyat jelata.

Nah, sekali lagi saya bertanya siapa sebenarnya yang mencuri dan bergelar pencuri? Rakyat kalangan kaum bumi sejak dulu tidak terlalu mendambakan bantuan dan kalau ada diterima sebab itu HAK dan bukan hak BN atau menteri2 BN dan kalau tiada, PANTANG kaum bumiputera akan menjadi pencuri.


No comments:

Post a Comment