Monday January 04.2016
OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
http://www.sabahinsider14.blogspot.com

Dengan dua pendedahan itu lantas Puteri Umno tidak akan
teragak-agak membuat laporan polis jika isu kononnya ada ahli Puteri Umno
dijadikan tempat pemuas nafsu pemimpin terus dimainkan.
Ketuanya,
Datuk Mas Ermieyati Samsudin (gambar) berkata sebelum ini, pihaknya
hanya berdiam diri dalam hal itu, namun beliau akan terus bertindak selepas
ini, lapor Sinar Harian.
"Ada
pihak yang bermain dengan isu ini ataupun cuba membuat fitnah kita tidak akan
teragak-agak untuk membuat laporan polis.

Baru-baru
ini, di laman media sosial serta beberapa portal memainkan semula isu lama yang
mengaitkan Puteri Umno yang dijadikan pemuas nafsu pemimpin.
Terdapat
juga dakwaan mengatakan ada ahli Puteri Umno digunakan untuk menawarkan
penajaan ke atas sesuatu pertandingan atau jawatan dalam parti.
Terdahulu
bekas exco Puteri Umno Ismalina Ismail menafikan
membuat kenyataan tersebut malah mendakwa perkara itu fitnah yang timbul semasa
pilihan raya kecil dahulu dan dipanaskan semula dengan agenda memburuk-burukkan
Umno.
"Apa
yang telah disebarkan adalah berita kitar semula. Asasnya saya tidak pernah
mengeluarkan apa-apa kenyataan atau komen berhubung isu berkenaan.
"Jadi
saya pun tidak tahu dari mana datangnya dan timbulnya isu ini. Saya tidak
pernah membuat kenyataan sebegitu. Sebenarnya fitnah ini telah direka semasa
pilihan raya kecil beberapa tahun yang lalu.
"Saya
kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang menyebarkan
semula posting ini bagi memecahbelahkan silaturahim antara
sesama ahli Umno," kata Ismalina.
KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA BUAT LAPORAN POLIS DAKWAAN PUTERI UMNO JADI MEMUASKAN NAFSU PARA PEMIMPIN ATASAN UMNO
No comments:
Post a Comment