Monday February 01.2016
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
www.sabahinsider14.blogspot.com
TANJUNG
PAPAT:- Kegagalan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan
Tanjung Papat mengarahkan badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(
JKKk) Kampung Sim-Sim mengadakan Gotong Royong bagi membersihkan kawasan
sekeliling rumah kini seramai 10 orang penduduk kampung berkenaan tinggal di
Jambatan Lorong 18 disahkan telah dijangkiti wabak demam denggi berdarah.
Kesemuanya
10 orang yang disahkan telah dijangkiti wabak demam denggi berdarah telah
mendapat rawatan di wad Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Walaupun
pihak Jabatan Kesihatan berusaha daya upaya mengadakan forging (semburan) di
kampung berkenaan dengan tujuan untuk menghalau semua nyamuk Aedes dari
membiayak akan tetapi tidak berkesan selagi kawasan sekeliling tidak
dibersihkan.
Ini
semuanya gara-gara kegagalan pihak UPPM Tanjung Papat tidak
pandai berusaha atau mempunyai daya inisiatif untuk mengarahkan penduduk-penduduk
kampung Sim-Sim supaya mengadakan gotong royong bagi menjamin kesejahteraan
rakyat setempat.
Tiga
hari yang lalu kata sumber itu 2 orang penduduk Blok 32 Taman Mesra juga telah
dihantar ke Hospital berhamnpiran kerana telah dijangkiti wabak demam denggi
berdarah.
Inilah
kampung ataupun kawasan Taman Perumahan kalau tiada sehati sejiwa
bermacam-macam bala datang kerana tiada kefahaman antara satu sama lain
sementara pemimpin-pemimpin politik kerajaan sedang nyenyak dan lena tidur
dibuai mimpi-mimpi yang amat mengerikan.
No comments:
Post a Comment