JALAN KG KABATUNG-KG GANA BUNDU KUALA PENYU PERLU DI NAIK TARAF


Isnin Januari 04.2016




OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: ISMAILY BUNGSU


KUALA PENYU:- Selama 53 tahun Sabah di jajah oleh Malaya menerusi Kerajaan Persekutuan akan tetapi tahap pembangunan  infrastruktur di kawasan luar Bandar masih terlalu jauh ketinggalan berbeza di kawasan pedalaman di negeri-negeri di Semenanjung.

Jelas sekali jalan raya di kampung Kabatung dan Kampung Gana Bundu kawasan DUN Kuala Penyu masih lagi gravel ia perlu dinaik taraf seperti jalan-jalan raya yang lain.

Difahamkan Kuala Penyu adalah ditatbir oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Limus Jury dan pengendali projek Jalan Raya di kedua kampung berkenaan dilaksanakan oleh syarikat konsisi kerajaan iaitu Kekal Mewa Sdn Bhd .

Wartawan Portal The Sabah Insider.Net berpendapat kerajaan negeri di bawah payung Barisan Nasional (BN) tidak wajar memberikan kemudahan kepada masyarakat di Kuala Penyu seperti jalan yang ada kerajaan dalam keadaan gravel.


Wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kalau mahu dekat pilihanraya baru sibuk masuk keluar kampung bagi projek itu projek ini lepas pilihanraya hilang lenyap begitu saja tidak selaru dengan slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.






No comments:

Post a Comment