Saturday
January 23.2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
BATU SAPI:- Penubuhan Parti Amanah
Negara (PAN) bukan saja mendapat sambutan di kalangan penduduk dalam bandar bahkan
sehingga kepelusuk rantau khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.
AMANAH yang bergabung dua parti PKR dan DAP
yang menamakan sebagai PAKATAN HARAPAN semakin cerah kerana mendapat sambutan
bukan saja di kalangan orang-orang Melayu
Islam dan bumiputera bukan Islam bahkan termnasuk Cina dan India.
Ini jelas PAKATAN HARAPAN nampaknya
tidak sesulit untuk mendapatkan
undi mejoriti bila sampai sudah masanya PRU14 nanti kerana rakyat di Negara ini
inginkan berubahan dalam pembentukan kerajaan Malaysia.
Baru-baru ini Pengerusi PAN Sabah Haji Hamzah Hj Abdullah
bersama Timbalan Pengerusi Amanah Sabah
Alias Haji Sani dan Setiausaha Amanah
Batu Sapi Haris Kilan turut menjayakan program Penerangan dan sesi
dialog mengenai pengesahan penubuhan Amanah.
“Kami akan menjelajah
kesemua tempat di negeri ini termasuk kawasan-kawasan terpencil dipedalaman khusus untuk memberi taklimat
mengenai perjuangan PAKATAN HARAPAN yang bergabung antara AMANAH-DAP dan PKR.
“Tentunya masyarakat
Kadazan-Dusun dan Murut ingin mengetahui matlamat perjuangan PAKATAN HARAPAN
adalah untuk membela nasib rakyat di Negara ini dan juga termasuk
masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman yang semakin hari semakin
terpinggir dalam menikmati arus perdana pembangunan yang jitu” katanya
No comments:
Post a Comment