PEMILIK TANAH KG BAMBANGAN HJ PATING TERTIPU OLEH ON PENG SIONG SINO-NATIVE


Monday January 25.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Seorang pemilik tanah di Kampung Bambangan dalam DUN Sekong Haji Pating Muhammad mendakwa dirinya telah tertipu orang seorang berbangsa cina yang mengaku dirinya sebagai Sino Native.

Dalam urusan pindah milik tanah itu dilakukan oleh  On Peng Siong secara haram kerana  menggunakan Power of Attorney yang ditandatangai didepan peguam berkenaan tanpa kehadiran Hj Pating.

Kata Hj Pating kes ini sudah terlalu banyak dibuat laporan polis malangnya polis sukar bertindak kerana Hj Pating gagal bila diminta menunjukan Power of Attorney sebagai bahan bukti penipuan.

On Peng Siong mendapat surat daripada Ketua Daerah Beaufort yang berstatuskan Sino-Native pada tahun 1976 lagi semasa pemerintahan kerajaan BERJAYA.


Memang pada musim kerajaan BERJAYA ramai di kalangan orang-orang cina di Sabah ini amat mudah mendapatkan status sebagai sino-kadazan sino-native kerana semuanya mengguakan wang ringgit yang paling kenyang sesiapa jadi Ketua Daerah (OKK) pada musim BERJAYA  banyak  mendapat habuan besar untuk mengeluarkan sijil anak negeri kepada orang-orang cina.

No comments:

Post a Comment