KERAJAAN SABAH LEMBAB RAMAI PELAJAR LULUS BIDANG PERTANIAN KUCAR-KACIR

Sabtu Januari 16.2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
                                      

TERINGAT ketika perang dunia kedua, Jepun hancur dan kita tidak yakin Jepun begitu hebat sesudah itu. Jepun telah menghantar pelajar-pelajarnya  ke German belajar dunia tentera dan ke Amerika belajar soal industri dan juga ke Peranchis.

Kesudah balik ke Jepun, ilmu yang mereka pelajari dipraktikkan di Jepun dan disesuai dengan kebudayaan dan keadaan Jepun.
Jepun tidak mencipta traktor besar kesan di Peranchis ladangnya dan memang luas, tetapi diciptanya KUBOTA yang kecil boleh digunakan di mana-mana negara Asia.

Kesan orang Jepun bijak dan mereka guna amalkan sikap BUSHIDO itu makanya Jepun menjadi hebat dan maju meski Jepun negaranya 70% batu bukit gunung dan sumber hasil tiada dan demikian juga Singapura, Hong Kong, Korea dan sebagainya.

Malaysia, terutama Sabah bagaimana? Ramai pelajar kita belajar di Universiti pertanian BOGOR misalnya atau di universiti tempatan tetapi setelah lulus mereka tidak pula diberikan kesempatan mengamalkan ilmu mereka itu dan jelas kerajaan Malaysian ini semacam tidak serius.

Cuba saja kerajaan Sabah buat satu peraturan bahawa mana-mana anak Sabah yang punya lulusan pertanian, hadiahkan mereka sekitar 500 ekar tanah dan izinkan bank pertanian pinjamkan dana untuk membangunkan tanah berkenaan sesuai dengan kelulusan mereka.

Mereka yang berkelulusan doktor haiwan sama perhatikan dan berikan bantuan misalnya secara kelompok secara syarikat sekitar 5 orang doktor haiwan usahakan ladang LEMBU dan pinjamkan dana RM250 juta.

Yang minat menanam nanas seperti di Johor itu sila pastikan yang berkelulusan pertanian ini sendiri yang menguruskan dan menubuhkan syarikat dan melibatkan tanah beribu ekar dan ini kerajaan boleh berikan bantuan/pinjaman yang kelak dibayar semula.

Yang kita lihat sekarang ini ramai lulusan pertanian hanya mengharapkan kerjanya di kerajaan dan sesudah bersara diam di rumah dan ada juga yang lulusan pertanian ini tidak kerjanya di ladang tetapi di jabatan yang sama sekali tidak berkaitan seperti di hotel dan ini jelas seolah kerajaan tidak punya perancangan yang baik untuk memajukan anak bangsa kita.

Yang kita perhatikan ada bantuan undang galah berjuta tetapi yang usahakan bukan yang pakar dan suami Sharizat dapat RM250 juta untuk pelihara lembu dan lingkup.

Sabah ini banyak sangat sumber alam dan tanahnya cukup subur dan jika ini dirancang dengan baik maka saya yakin Sabah akan menjadi wilayah pertanian yang hebat seperti di negara Thailand.


Kerajaan yang ada sekarang hanya pentingkan bagaimana caranya mengisi kantung anak bini, saudara-saudara , kerabat suku sakat dan kroni dan jauh memikir kepentingan masa depan negara bangsa.

No comments:

Post a Comment