MASALAH KESUMBATAN PEMBENTUNGAN NAJIS FLAT MPS SIM-SIM BERES

Wednesday January 27.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Wwww.sabahinsider14.blogspot.com



SANDAKAN:-  Atas budi bicara Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt dan beberapa orang ahli-ahli DAP Sandakan yang telah mengadakan perbincangan pihak  Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 20hb Januari lalu   telah membuah hasil atas perbincangan antara kedua belah pihak.


Masalah kesumbatan pembentungan najis yang membawa masalah besar kepada penduduk Flat Prumahan MPS Sim-Sim kini telah selesai dan masalah STP dan tangki laluan saliran najis diflat berkenaan telah diselenggarakan (maintenance) dan kini berfungsi sudah.
 

Tugas dan tanggungjawab Ahli Parlimen walaupun di pihak parti pembangkang namun mempunyai tanggungjawab yang berat yang harus dipkul untuk membela nasib rakyat dalam apa jua masalah harus bantu sehingga selesai.


Sebenarnya masalah kesumbatan saliran pembentungan najis di Flat Perumahan MPS Sim-Sim sudah lama dialami oleh penduduk setempat akan tetapi tiada siapa yang mahu menguruskan hal itu walaupun berkali-kali memberi tahu kepada pihak ADUN Tg Papat namum membisu seribu bahasa.



No comments:

Post a Comment