Tuesday January 12.2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
TERGOLONG ORANG-ORANG BODOH..Kerana menerima pingat kebesaran palsu yang membewa gelaran Datuk dari orang-orang penipu
SESETENGAH
orang kaya yang tidak mempunyai apa-apa pangkat darjah kebesaran yang
diberikan daripada mana-mana pihak akan tetapi mereka mempunyai wang yang banyak
berbillion-billion tapi masih kurang selesa dalam mengharungi kehidupan yang
serba-serbi lengkap.
Wang banyak tetapi tiada pangkat tiada darjat yang membawa gelaran Datuk atau
Tan Seri nak dapatkan pingat-pingat kebesaran daripada kerajaan amat sukar
kerana mereka ada yang belum berjasa dengan kerajaan lainlah kalau orang
dermawan pegawai kerajaan dan orang-orang politik memang mudah dapat apa jua
darjah kebesaran dari kerajaan.
Disebabkan ingin mengambil jalan mudah untuk mendapatkan
darjah pingat kebesaran tambahan pula terdapat beberapa orang jadi sindiket menjual pingat-pingat tersebut mereka memang melantik
orang-orang tertentu jadi broker yang
menawarkan apa jua jenis pingat dengan harga antara RM10.000 -RM 50.000
hingga RM100.000.
Maka orang-orang
tertentu yang menyamar sebagai keturunan Sultan Sulu Sultan dari Sumatra
sebagai contoh macam seorang wanita yang dikenali sebagai Saripa Murliana Raja Kerinchi Tinggi Sumatra atau disebut sebagai bonda
ratu.
Beberapa tahun yang sudah Saripa telah banyak memberikan
pingat-pingat kebesaran lebih 200 orang sehingga dua tiga hari yang lalu
sebelum dia (Saripa)dicekup polis Melaka.
Tertangkapnya Saripa oleh pihak berkuasa kerana mereka akan
mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah sekali lagi kepada orang ramai bermacam-macam jenis
anugerah akan disampaikan.
Malanglah niatnya tak kesampaian kerana kegiatannya telah dihidu oleh Polis Melaka
atas maklumat orang ramai kerana meragui
adanya orang-orang tertentu mengadakan majlis anugerah palsu bukan Agung
atau raja-raja-sultan-sultan dari Istana dan juga Tuan Yang Terutama (TYT) di
empat negeri seperti Sabah-Sarawak-Pinang dan Melaka yang menyampaikannya.
Orang-orang yang telah menerima pingat darjah kebesaran itu daripada orang-orang yang menggelarkan
dirinya Sultan dan acara majlis penyampai itu bukan di lakukan di
Istana dan tidak disaksikan oleh
Raja-Sultan.
Sebenarnya mereka
yang menerima anugerah palsu itu dari orang-orang yang mendakwa dirinya sebagai
keturunan sultan mereka adalah tergolong
orang-orang yang bodoh-bahalul-goblok
nama saja mereka mempunyai pelajaran tetapi otak letak kat lutut mudah dipengaruhi.
Setelah mereka dapat pingat gelaran Datuk-Datuk Seri dan
Tan Seri sayang saja pingat kebasaran
itu tidak diikhtiraf oleh kerajaan Malaysia bukan sayang wang ringgit habis
begitu saja dan disamping banyak masa
terbuang.
No comments:
Post a Comment