Monday January
04.2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
http:/www. Sabahinsider14.blogspot.com
MENJAGA kebersihan di mana-mana
sahaja termasuk di persisiran pantai yang menjadi tumpuan ramai tidak hanya terletak di bahu majlis-majlis Perbandaran sahaja walaupun
mereka telah di bayar gaji bulanan untuk melaksanakan memungut sampah dan
menjaga kebersihan sekeliling.
Orang ramai yang mempunyai
akal dan fikiran waras dan didikan sivik harus juga turut bertanggungjawab
sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar demi keindahan sesuatu tempat dan kesejahteraan masyarakat.
Contohnya kawasan persisiran
Pantai Tanjung Lipat adalah kawasan tempat orang ramai beriadah dan menjadi
tempat kunjungan utama sepatutunya para pengunjung sedar betapa pentingnya kawasan itu di jaga bukan membuang sampah
sarap dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risiko dan implikasinya,
Jadikan lah amalan dan
budaya yang meresap disanu baru anda yang punya jati diri dan akhlak yang baik
saya fikir mereka tidak melakukan perkara-perkara sekeji ini suka membuang
sampah di memerata tempat.
Kalau orang-orang Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI) barangkali mereka sanggup berbuat demikian sebab nyata mereka tidak mempunyai
pendidikan moral berbanding dengan
penduduk tempatan yang mempunyai pendidikan tetapi tiada akal dan fikiran
mereka fikir mahu cari jalan mudah buang sampah dimana-mana saja apa mereka
kata ada pekerja Majlis Perbandaran yang
tukang pungut sampah.
Begini saja untuk mengajar
dan mendidik mereka supaya tidak melakukan pembuangan sampah di sana sini pihak
Majlis Perbandaran melantik beberapa orang untuk mengintip letakan orang-orang
Majlis itu di kawasan di mana mereka suka membuang sampah bila kedapatan adanya
orang-orang yang terlibat kenakan kompaun bagi kesalahan pertama RM300.00
hingga RM5,000.00
Saya fikir undang-undang ini
memang sedia ada cuma tidak dilaksanakan dengan betul tidak dikuatkuasakan untuk
mengenakan denda terhadap pesalah itu.
No comments:
Post a Comment