RAKYAT SABAH SALING HORMAT MENGHORMATI AGAMA DAN BANGSA LAIN.....KATA MICHAEL

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


BERINTRAKSI....Satu sama lain agama bukanlah jadi ukuran
DALAM mengharungi kehidupan seharian rakyat Sabah dan dengan rakyat Semenanjung amat jauh berbeza sama sekali.

Disemenanjung agama adalah jadi ukuran mereka untuk bersatu bertolerasi  dengan kaum-kaum lain antara Melayu-Cina dan India.

Di negeri Sabah walaupun mempunyai 32 etnik yang berbilang terdiri dari suku bangsa berlainan  budaya dan anutan kepercayaan agama yang berbiza-beza tetapi mereka masih boleh menjalinkan hubungan mesra  ini jelas agama Islam dan Kristian bukanlah jadi kayu pengukur untuk berintraksi dan bertoleransi antara kaum-kaum lain yang ada di Sabah ini.

Saya yakin dan  percaya apa yang diperkatakan oleh seorang Aktivis Masyarakat iaitu Michael Frederick dalam kenyataan menerusi laman sosialnya (FB) kelmarin antara lain menyebut.

“HORMATI PERBEZAAN KEPERCAYAAN DAN AGAMA.
RAKYAT Malaysia sepatutnya lebih memahami suasana dan corak hidup masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.


Masyarakat Islam dan bukan Islam negara ini mampu mengekalkan keamanan berpuluh tahun lamanya hasil daripada usaha kerajaan dan kefahaman masyarakat mengenai konsep kehidupan masyarakat Majmuk” kata Frederick.

Sabah orang-orangnya  memang unit 32 etnik bukannya sedikit jumlah suku bangsa yang ada di  Sabah namun kemesraan tentunya terjalin apa lagi adanya parti-parti politik seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO-PBRS yang rata-rata ahlinya terdiri pada suku-suku lain yang berlainan anutan agama menjadi ahli parti-parti yang disebutkan itu.

Semoga apa yang diharapkan oleh Michael itu akan menjadi kenyataan berterusan untuk mengekalkan perpaduan yang intim sentiasa terjalin tersemat di hati sanubari masing-masing “Inya Allah.


No comments:

Post a Comment