AHMAD MAZLAN MEMANG POPULAR KAKI BODEK PM

Sunday January 10.2016

OLEH: NURLIAYANA ABDULLAH

ADA dua tiga orang minta saya menulis tentang cadangan Ahmad Maslan. Awalnya saya tidak berminat mengulas apa saja katanya Ahmad Maslan sebab dia ini memang popular sama seperti tok bomoh guru Zain atau barangkali satu perguruan di bukit si Guntang dulu.

Tiba-tiba saya terjumpa Ahmad Maslan dan dia tenung saya dan saya tenung dia dan akhirnya saya jadi takut sebab lihat gayanya memang dia itu hebat, rambutnya minyak entah banyak mana ia guna kala lalat hinggap pastimelekat.


Matanya ada sesuatu yang boleh kita terpikat dan saya jadi takut sebab ilmu saya tidak boleh melawan dia dan akhirnya saya melarikan diri sebab khuatir juga kalau-kalau  dia itu ada pugai balabak (guna-guna)  akan susah saya jadinya.

Ahmad Mazlan ini memang popular banding menteri-menteri  lain dan rasanya tanpa Ahmad Maslan politik Malaysia tidak seindah sekarang ini dan kesan ada Ahmad Maslan maka politik kita jadi ceria dan bolehlah dia itu dihadiahkan title RAJA LAWAK.

Ikut buku Perintah Am atau undang-undang  buruh, mana mungkin seorang pekerja perkhidmatan boleh lakukan dua tiga kerja dalam satu masa dan undang-undang  ini juga kena patuhi oleh agensi kerajaan/swasta dan syarikat-syarikat  yang beroperasi di negara kita ini.


Rasanya Ahmad Maslan ini tidak tahu dasarnya kakitangan perkhidmatan Awam dan juga swasta atau lainlah kalau nanti Ahmad Maslan duduki kerusi Perdana Menteri  dan ia bolehlah arah ketua Setiausaha negara untuk mansuhkan peraturan yang ada sekarang dan semua pekerja diwajibkan punya dua tiga pekerjaan.

Memang dari awal saya keberatan mahu menyentuh kasus Ahmad Maslan ini sebab khuatir nanti saya boleh terjangkit virus yang ada dalam kepala Ahmad Maslan.

Apapun tahniah kerana cadangan yang di luar fikir otak saya dan jelas otak Ahmad Maslan memang bijak dan berwibawa dan rasanya lebih bijak banding otak  Perdana Menteri.


No comments:

Post a Comment