MANTAN KETUA PENERANGAN UMNO KIMANIS SERTAI PKR



Tuesday January 05.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU &
SHAIMON S JUMADI
http://sabah insider14.blogspot.com


SERAH BORANG....Ibrahin menyerahkan borang keahlian kemasukan PKR kepada Pengerusi PAKATAN HARAPAN SABAH Datuk Seri  Hj Lajim Hj Okin

  
KIMANIS:- Seorang mantan guru yang dikenali Cikgu Ibrahim Mohammad atau lebih dikenali Raja Guru telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO lantas keluar dan menyertai Parti KeAdilan Rakyat (PKR) cabang Kimanis.


Ibrahim adalah mantan Ketua Penerangan UMNO Kimanis beliau menyertai PKR kerana ingin sama-sama berjuang untuk menegakan keadilan perjuangan UMNO telah menyimpang jauh dari perjuangan asal dan beliau tidak mahu bersekongkol dengan para pemimpin UMNO yang lain yang telah banyak melakukan perkara-perkara songsang.


Beliau ini memang  seorang penulis yang dahulunya  tulisannya banyak mengkritik pembangkang dan saya ikuti tulisannya selalu.

Karya RAJA GURU sebelum  menyertai  umno memang cukup pedas dan tika di umno pakatan jadi sasarannya.

“Kita memang sentiasa mengikuti tulisannya selalu tapi kita  tak pernah respond sebab kita tahu itu tugas dia untuk pertahankan parti yang ia sertainya  dan kini  beliau berada dalam  PARTI KEADILAN RAKYAT” sumber itu.

Semoga kemasukan Ibrahim ke PKR  ramai lagi ahli-ahli UMNO Kimanis akan ikut jejak langkah  untuk menyertai PKR dan bertambah lah kuat perjuangan PKR untuk menentang pemerintahan zalim UMNO ini.



No comments:

Post a Comment