90 PERATUS RAKYAT MALAYSIA SETUJU 1.5 JUTA RAKYAT BANGLADESH AKAN BERIKAN MYKAD SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA OLEH KERAJAAN BN



Sunday January 17.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


KUALA LUMPUR:- Berita amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak di mana kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tahun 2016 bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan kepada BERNAMA tidak berapa lama dahulu.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.

"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang 'fresh' dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang," katanya

Katanya seramai 1.5 juta itu juga kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) akan berusaha sedaya upaya akan memberikan rakyat Bangladesh yang bekerja di Negara ini akan diberikan status kerakyatan mendadak sebagai Warganegara Malaysia mereka akan dibekalkan mykad.


Sekiranya mereka sudah menjadi rakyat Malaysia songsang maka mudah bagi BN/UMNO mendapatkan undi seramai 1.5 juta daripada Rakyat Bangladest itu nanti.

Berikut ini kenyataan yang berikunta mengenai rakyat Bangladesh di bawah ini

Kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. “Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily,

Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah iaitu UMNO-BN.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tindakan kerajaan Malaysia yang akan memberikan status Bumiputera kepada 1.5 juta rakyat Bangladesh itu 90 peratus rakyat Negara ini terutamanya orang-orang Melayu menyambut baik agar cadangan itu akan menjadi kenyataan biar  ramai kenapa kalau rakyat Bangladesh 10 juta tinggal di Malaysia lebih bagus.

No comments:

Post a Comment