Tuesday January 26.2016
SUDUT PANDANGAN EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Gambar Hiasan Saja
MULA timbulnya pemalsuan Sijil Anak Negeri
yang membawa status Sino-Native dan Sino Kadazan ialah semasa kerajaan BERJAYA sijil
itu wujud pada tahun 1976.
Di mana kebanyakannya yang mendapat sijil anak negeri berstatus
sebagai sino-native dan sino Kadazan rata-tara 100 peratus bangsa cina yang
tergolong kelongmerad (tycoon) saudagar-saudagar kayu balak.
Saya dedahkan perkara ini bukan cerita
sengaja direka-reka akan tetapi ada realitinya semasa PBS mengambil alih tampuk
pemerintahan daripada BERJAYA pada 1985 semasa itu saya sebagai Pemaju Mukim
N18 Elopura di mana ADUNnya ialah Datuk
Tham Nyip Shen.
Sebaik saja PBS menjadi tampuk kerajaan
negeri saya dapati ramai kaum cina menghantar sijil-sijil anak negeri kepejabat
ADUN ELopura.
Lantas Datuk Tham memanggil saya untuk
meminta draft surat Kepada Sesiapa Yang Berkenaan (To Whom It May Concern)
tetapi kata Tham lagi sebelum mereka
menerima surat tersebut harus periksa dahulu Surat Lahir mereka seandainya
bencangga dengan data-data yang tercatat di dalam Surat Lahir dengan Sijil Anak
Negeri jangan bagi surat itu ini satu penipuan mengaku dirinya sebagai
sino-native-sino Kadazan bijak juga Datuk Tham.
Ada
beberapa orang cina datang kepejabat
ADUN Elopura apa bila saya meminta surat beranak mereka memang sah satu
penipuan ada salah seorang cina bernama
Wong dalam surat lahir tercatat tempat lahir di Tanah Merah ibubapanya semuanya
keturunan cina tulen, akan tetapi dalam Sijil Anak Negeri pula tercatit tempat
kelahiran mereka di Kampung Sungai
Nangka Kolapis Beluran.
Akhirnya satupun mereka tidak surat pengesahan
daripada ADUN tersebut kerana mereka rata-rata gagal menunjukan kenyataan yang benar semuanya
bercangga dengan keterangan asal.
Tujuan mereka kalau dapat surat pengesahan
itu mereka akan melabur dengan Amanah Saham Berhad (ASB) dan Amanah Amanah Nasional (ASN) kerana
pada masa itu ASB-dan ASN faedahnya cukup tinggi termasuk bonus tahunan.
Perkara ini saya memang tahu benar bagaimana
mereka boleh dapat Sijil Anak Negeri berstatus Sino-Kadazan yang kenyang siapa
jadi Ketua Daerah (OKK) pada zaman pemerintahan BERJAYA dapat habuan
beribu-ribu ringgit.
Satu lagi kesilapan besar terhadap
pegawai-pegawai Bank yang berkenaan apabila mereka hendak melabur skim ASB-ASN mereka tunjukan
Sijil Anak Negeri yang mereka kononnya sono-native-sino Kadazan kenapa mereka
tidak pula meminta surat lahir masing-masing.
Begitu juga pihak Jabatan Tanah dan Ukur
Sabah memang buta hati kerana di sogok wang ringgit berpuluh-puluh ribu makan
duit haram mereka juga bersubahat kenapa mereka juga tidak meminta surat lahir apabila mereka tunjukan Sijil
Anak Negeri sebagai Sini-Native-Sino Kadazan untum mendapat tanah berstatus
Native Title (NT).
Yang
menjadi mangsa gara-gara Pegawai Jabatan Tanah dan Ukur terlalu rakus mahu
makan duit najis –haram mereka tergamak meluluskan tanah-tanah NT kepada
orang-orang cina yang tidak layak mendapatkan tanah NT itu.
Saya difaham beribu-ribu hektar tanah kini
dimiliki orang-orang yang memegang Sijil Anak Negeri palsu adakah pihak
kerajaan membiarkan fenomena ini berlaku berterusan sehingga anak jati Sabah
Kadazan-Dusun-Murut dan Orang Sungai menjadi mangsa keadaan.
No comments:
Post a Comment