LAWATAN MP SANDAKAN KE JKR SANDAKAN DAPAT SEFAHAMAN TENTANG MASALAH PEMBETUNGAN


Sunday January 24 2016

OLEH: KREW DAP &
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

HANGAT DIBINCANGKAN.....Wong dan Jurutera Daerah JKR Sandakan sedang membincangkan masalah sistem pembentungan.

SANDAKAN:- Lawatan kerja Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt bersama ahli-ahli DAP Sandakan ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan adalah untuk menguruskan tentang masalah system kumbahan dan system pembentungan kini bermasalah di daerah Sandakan.

Dalam rangka lawatan Wong ke JKR adalah untuk menemui Jurutera Daerah dan Ketua Bahagian Pembentungan Puan Lainie untuk bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain untuk menyelesaikan  masalah kesumbatan system pembentungan di  Sandakan yang semakin serius.
.
Sebenarnya  Wong juga telah melawat ke Ibu Pejabat Kerja Raya Negeri Sabah pada minggu lalu untuk bertemu dengan Ir. Edward dan telah menerima maklumbalas bahawa akan cuba menguruskan dana untuk kerja penyelenggaraan pembentungan di Daerah Sandakan. 

Beliau berkata bahawa pihak JKR telah menerima cadangan beliau dan berjanji akan mengambil tindakan membersihkan sistem pembentungan yang telah sumbat secara manual dalam masa yang terdekat, supaya tidak menjejaskan operasi sistem pembentungan waktu Perayaan Tahun Baru Cina. 


Namun begitu, pihak JKR memberitahu bahawa sistem pembentungan tersebut akan mengalami kesumbatan tak lama selepas pembersihan.

 Oleh itu, sikap kerjasama dari orang ramai adalah penting untuk mengurangkan masalah kesumbatan pembentungan.


Beliau juga dimaklumkan oleh pihak JKR bahawa sejak awal tahun ini, JKR telah mengambil alih pengurusan sistem pembentungan di Sandakan, iaitu 50 sistem septik dan 36 stesen pam pembentungan. 


Semua ini didapati bahawa lebih daripada 70% tidak berfungsi dan pihak JKR telahpun mengambil tindakan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan. Walaubagaimanapun, disebabkan pelbagai sebab, kerja tersebut tidak dapat diselesaikan sekaligus.


Oleh itu, pihak JKR dan  Stephen Wong memohon kerjasama orang ramai supaya memberi kerjasama supaya tidak membuangkan sampah dan bahan-bahan yang tidak akan membubar ke dalam tandas dan sistem kumbahan, supaya tidak menambah teruk lagi penyumbatan sistem pembetungan.

No comments:

Post a Comment