Tuesday January 26.2016
DARIPADA:NURLIYANA ABDULLAH
www. blogspot.com sabahinsider14.
TAK
lama lagi bakal diraikan Tahun Baru Cina dan seperti biasa perayaan semacam itu
visinya yang jelas untuk perpaduan disamping ianya sebagai amalan suku kaum
berkenaan sejak berabad.
Di
Sabah ini apa saja perayaan yang bersifat kebudayaan atau keagamaan kalangan
rakyat akan sama mengucapkan kata selamat terhadap yang meraikan perayaan
berkenaan tanda saling hormat menghormat.
Kata
Selamat tahun baru, tidak semestinya kita tergolong yang meraikan, tetapi
sekadar mengucapkan selamat tidak jadi masalah sebab Tuhan sendiri mahukan kita
terus menghormati apa bangsa lain tanpa sengketa.
Bila
memperkatakan perayaan Tahun Baru Cina ini, maka saya teringat dulunya ada
acara pertandingan tarian singa di padang Bandaran.
Pertandingan
itu menyediakan hadiah yang cukup lumayan dan sekitar 20 kumpulan kalau tak
silap menyertai pertandingan itu dan saya melihat cukup meriah sebab ekonomi
kita ketika itu memang di tahap yang bagus.
Sesudah
selesai pertandingan, maka keputusan telah diperoleh dan diumumkan bermula
penerima tempat ke tiga dan ke-dua.lalu diumumkan tempat pertama dan ketika
diumumkan penonton terpegun dan terkejut sebab yang mengambil hadiah pertama
ini terdiri kalangan belia-belia suku Bajau, Dusun dan Brunei.
Memang
itu satu perkembangan yang cukup baik sebab di situ kita lihat bahawa
kebudayaan itu telah dinikmati bersama oleh pelbagai kaum di Sabah dan itulah
yang dinamakan perpaduan bangsa Malaysia sesuai dengan dasar kebudayaan
kebangsaan yang diperjuangkan oleh kerajaan Malaysia.
Tahniah
dan selamat tahun baru cina kepada semua rakan-rakan yang bangsanya Cina dan doa
semuanya dalam keadaan yang baik disamping terus memupuk perpaduan yang lebih
utuh sesama rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa, agama, warna kulit
dan juga kepercayaan beragama.
selamat
semua
No comments:
Post a Comment