Monday January 18.2016
OLEH: ISMAILY BUNGGU
www.sabahinsider14.blogspot.com
JIKA suami guru besar dan isteri guru biasa, maka itu tidak
boleh sama mengajar di satu sekolah dan peraturan ini kekadang meski tidak
tertulis tetapi cukup difahami maksudnya.
Bukan saja dalam dunia perguruan, di lain pekerjaan juga
sama seperti di syarikat atau swasta sama sekali tidak manis di syarikat swasta
itu bukan milik famili tetapi famili anak beranak berkerja satu bumbung.
Misalnya seseorang itu menjadi ketua unit pada sebuah
syarikat besar dan kemudian dalam syarikat itu ada ketuanya selalu ambil
kesempatan dan berkasih-kasihan/berhubungan cinta dengan bawahan cewek muda.
Nah, bila keduanya ada masalah bergaduh, maka pastilah
sicewek akan membuat masalah dan tidak datang kerja atau kalau salahpun, sang
ketua merangkap kekasihnya bakal tidak mengambil tindakan meski salah.
Bila kasus di atas terjadi, maka sistem tadbir di unit
berkenaan akan jadi rosak dan bila yang lain sama buat salah maka keadaannya
akan menjadi serba salah dan itu menjadikan sistem tadbir di unit berkenaan
tidak boleh dilaksanakan mengikut hukum.
Kedua bukan saja itu, malah apa saja rahsia di bawahan
tadi sang kekasih akan melapor kepada kekasihnya/bossnya dan itu menjadikan staf
bawahan tidak senang hati dan ini akan menimbulkan masalah tadbir sebenarnya.
Bagi saya kekadang tidak juga peduli kes berkenaan yang
kekadang melakukan hal-hal sumbang masa bertugas dan itu tiada peraturan khas
untuk diambil tindakan sebab peribadi tetapi dari segi moral dan tidakan tidak
diambil terhadap kekasih yang bersalah maka itu jelas merosakkan keadaan.
Memang ini peraturan yang tidak bertulis tetapi hakikat
jelas keadaan semacam ini banyak sangat buruknya bila mana mereka tidak tahu
membedakan antara berkasih-kasihan dan memikul tugas yang diamanahkan tadi.
Sepatut ketua kena tegas yang salah tetap salah meski
kekasihnya dan kena hukum ikut sistem tadbir dan kekadang sang kekasih ini
melebih-lebih pula lagaknya dan hingga
ada yang berkata bikin muntah perangainya yang mengada-ngada kesan ketua itu
kekasih gelapnya.
Begitulah yang saya perhatikan di mana-mana dan kekadang
mendapat ilham dari teman-teman yang
selalu bercerita hal serupa tetapi tidak sama jalan ceritanya.
No comments:
Post a Comment