Isnin Februari 01.2016
KUPASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
PEMBUANGAN sampah yang bertaburan dan berselerakan
berhampiran dengan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Bintang Baru
Rancangan Sungei Manila dekat sini apa bila tersiarnya gambar-gambar timbunan
sampah dilaman-laman soasial yang
menjadi viral telah mendapat perhatian umum di kalangan penduduk-penduduk luar.
Di mana kah letaknya
tanggungjawab orang-orang kampungan yang berhampiran yang membuang sampah dengan jalan mudah
sambil tidak memikirkan soal tanggungjawab bersama dalam memulihara alam
sekitar.
Merekapun sedia maklum walaupun agak jauh sedikit jarak tempat pembuangan sampah dengan kedudukan tanah
kuburan Islam itu seharusnya perkara seumpama ini tidak berlaku kerana bau
busuk longgokan sampah sarap itu bukan alang kepalang.
Pihak berwajib memang telah
membina pondok tempat membuang sampah tetapi
mereka tidak membuang sampah
didalam rumah sampah yang telah
tersedia kerana penduduk yang
bahlul-goblok mereka mungkin campak (humban) saja sampah itu dari
kenderaan.
Yang peliknya mereka terang-terang
melihat dengan dua biji mata mereka yang melotot itu papan tanda yang dipasang terpampang berhampiran dengan rumah sampah berkenaan
dengan slogan Selamat Datang Ke Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Bintang Baru
Rancangan Sungei Manila Batu 12 mereka masih tergamak melakukan perbuatan jahil dan tidak memikirkan impak dan implikasnya
membuang sampah dengan sewenang-wenangnya.
Wartawan portal The Sabah
Insider.net mengharapkan ADUN Sungei Sibuga yang juga Ketua Menteri Sabah
termasuk Ahli Parlimen Libaran agar dapat mencari jalan bagaimana untuk
memantau dan menguruskan pembuangan sampah itu di Bintang Baru Rancangan Sungei
Manila.
No comments:
Post a Comment