Friday January 22.2016
AIR MATA ......Berlingan Fasha Sanda ketika di wawancara oleh para Media sejurus selepas dari Mahkamah Tinggi Syariah
OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Dalam mengalirkan air mata yang berlinangan pelakon, Fasha Sandha, 32, yang sah bercerai
talak satu dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, mengucapkan terima
kasih kepada wartawan sebaik dikerumuni selesai prosiding di Mahkamah Tinggi
Syariah di sini, kira-kira jam 3.35 petang tadi.
"Saya tak ada komen apa apa. Terima
kasih," katanya.
Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang
diedarkan, ibu tunggal kepada dua anak iaitu Putra Rayfal 2, dan Raysha Jemyma,
14 bulan, reda dengan apa yang sudah tertulis.
"Perceraian ini adalah jalan terbaik
untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini.
"Saya reda dan akan meneruskan kehidupan
dengan dua anak saya," kata Fasha sebelum meninggalkan mahkamah ditemani
dua sahabatnya, penyanyi, Farahdhiya dan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, Rita
Susilawati.
Manakala Jejai yang ditemani rakannya
kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum
meninggalkan mahkamah.
Lafaz cerai itu dibuat dalam kamar Hakim
Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab, kira-kira jam 3 petang secara tertutup.
Fasha memfailkan permohonan cerai pada 18
Januari lalu di mahkamah sama. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47
Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.
Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada
April 2012.
PELAKON, Nur Fasha Sandha Hassan atau
dikenali sebagai Fasha Sandha (kiri), kelihatan sebak ketika ditemuramah media
selepas menghadiri kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan
Duta
Terdahulu Rizal telah berkahwin dengan
seorang pelakon sensasi iaitu Nora Danish yang mempunyai seorang cahaya mata. Tetapi
judoh tidak berpanjangan.
Bahkah kata orang judoh pertemuan ajal maut
adalah ketentuan Allah sessiapa saja jika
sudah sampai serunya memang tidak boleh
mengelakannya ini semuanya adalah takdir
Allah.
No comments:
Post a Comment