ADUN KARAMUNTING RAJIN TURUN PADANG MENEMUI PENGUNDINYA



Saturday January 16.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


KARAMUNTIING:-  Membuat lawatan  ke satu kawasan kampung yang di bawah kawasan jagaannya adalah merupakan titik tolak dan tanggungjawab seseorang pemimpin yang dipilih melalui  proses PRU ini sebagai memenuhi  hasrat kerajaan yang  diamanahkan.

Begitulah tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin yang bergelar Wakil Rakyat yang mewakili rakyat berbilang kaum berbilang bangsa untuk dijaga kebajikan mereka walaupun tidak sepenuhnya.

Penduduk Kampung Jalan Cecily DUN kawasan Karamunting amat bertuah kerana sedikit sebanyak mendapat perhatian dan pembelaan daripada Wakil Rakyat  Karamunting Charles O Pang.

Dalam lawatan Charles di Kampung Jalan Cecily itu beliau tidak hanya tangan kosong untuk menemui pengundinya malahan telah membawa buah tangan berbentuk bungkusan hamper untuk di bagi-bagikan orang-orang  yang hidup dalam kesedarhanaan, bukan semua Wakil Rakyat yang sanggup masuk Kampung memberikan hadiah itu kepada penduduk di kawasanya.

Inilah namanya wakil rakyat seperti Charles O Pang yang pandai mengenang budi orang sebagai pengundi kalau bukan mereka memangkah semasa PRU13 itu belum di ia bergelar Yang Berhormat (YB) Syabas YB Charles O Pang jalankan  tanggungjawabmu  sebagai seorang pemimpin dan Wakil Rakyat  Karamunting  yang mewakili pelbagai suku bangsa tanpa mengira warna kulit dan fahaman idologi politik yang berbeza buat sama rata. Insya Allah PRU14 nanti rakyat sendiri boleh menilai.
 
Saya sebagai Wartawan Kanan portal The Sabah Insider.Net walaupun tak dapat ukut lawatan gerakan kerja YB Charles O Pang namun saya juga mempunyai tanggungjawab untuk menghighlightkan tugas-tugas pergerakan YB untuk dipaparkan di media portal online The Sabah Insider.Net dari masa kesemana.






No comments:

Post a Comment