WARKAH TERBUKA UNTUK SEMUA RAKYAT
Thursday
January 21.2016
1.
Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan ini merasa kesal dan dukacita atas tindakan
kerajaan menggantung pemberian biasiswa kepada pelajar universiti di bawah
tajaan JPA.
AMANAH dengan ini menekankan bahawasanya apa sahaja penstrukturan
belanjawan negara tidak seharusnya diambil dari peruntukkan pendidikan seperti
biasiswa.
2.
AMANAH beranggapan bahawa pendidikan merupakan sektor terpenting dalam
pembangunan negara kerana para pelajar dan penerima biasiswa merupakan aset
modal insan pada negara membangun seperti Malaysia.
Dalam era
globalisasi dan ekonomi berasaskan inovasi dan teknologi,anak-anak muda inilah
yang bakal melonjakkan negara ke satu tahap yang lebi
Dengan penggantungan pemberian
biasiswa, negara berkemungkinan besar bakal berhadapan krisis pelaburan satu
aset terpenting negara.
3.
Dengan penggantungan pemberian mahasiswa ini juga,AMANAH berasa kesal apabila
ramai pelajar cemerlang lepasan SPM 2015 bakal terlepas peluang dan cita-cita
mereka untuk menyambung pelajaran ke universiti terkenal peringkat dunia di
dalam dan luar negara.
AMANAH juga berpendapat bahawa golongan terbesar yang
bakal terkesan dari penggantungan ini adalah anak-anak muda Melayu khususnya
dari mereka yang susah tetapi cemerlang dalam pelajaran. Maka hancur leburlah
harapan anak muda Melayu ini untuk mengubah nasib keluarga mereka dengan
mendapat pendidikan yang baik hasil usaha keras mereka dalam pelajaran.
4.
AMANAH dengan ini memberi cadangan kepada kerajaan supaya penstrukturan semula
bajet negara perlulah dibuat melalui potongan ke atas perbelanjaan yang tidak
munasabah seperti perbelanjaan pengurusan Pejabat Perdana Menteri dan
peruntukan kepada Permata yang setiap tahun mendapat kenaikan berpuluh juta
ringgit perlu dikurangkan.
Sedangkan skandal RM2.6 billion serta penyelewengan
SRC International yang masih tidak terjawab serta GST yang terus membebankan rakyat
juga gagal menyelesaikan isu ekonomi negara malahan kerajaan terus membebankan
rakyat jangan ditambah dengan penggantungan biasiswa ini.
5.
Akhirnya,AMANAH dengan penuh pengharapan agar kerajaan Dato Seri Najib Tun
Razak segera menjawab desakan sekaligus menarik balik penggantungan pemberian
biasiswa dan program Bursary di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Harapan
Baru"
Yang
ikhlas
YB
Aminolhuda Hassan
Pengerusi Biro Pendidikan
Parti Amanah Negara (AMANAH)
No comments:
Post a Comment