NORAINI PUJI PENGLIBATAN KAUM WANITA CEBURI DALAM LAPANGAN PERNIAGAAN


Sunday January 03.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat   sentiasa melakukan kunjungan dan lawatan  di beberapa gerai khususnya di hujung-hujung minggu di pusat Bandar ini.


Tujuan lawatan itu adalah untuk memastikan perkembangan  kaum winita yang sedang menceburi diri dalam lapangan dunia pernigaan sama ada secara besar-besaran mahupun secara sedarhana.

Ketua Wanita UMNO Bahagian UMNO Sandakan yang juga Pengerusi Koperasi Usahawan Wanita Jaya Daerah Sandakan Noraini Sulong telah membuat kunjungan ke Gerai IKSNITA untuk  melihatan sendiri kegigihan kaum wanita berniga disetiap hujung minggu dengan memjual pelbagai produk tempatan  juga makanan tradisi.

“Saya bangga penglibatan kaum wanita khususnya ahli-ahli Koperasi Usahawan Wanita Jaya Daerah Sandakan yang  berusaha untuk mencari rezeki untuk menambah dana pendapatan bagi menampung keluarga” katanya.


Noraini berharap ramai lagi kaum wanita tampil kedepan untuk sama-sama berusaha  khususnya menceburi diri dalam lapangan perniagaan ini untuk membantu keluarga.

No comments:

Post a Comment