Tuesday January 19.2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com
TAK MAMPU BAYAR......Saman Malu kat Lim Guan Eng
la bukan tentang DAP vs PAS. la bukan tentang Kafir vs
Islam. Ia bukan tentang Cina vs Melayu. la tentang integriti, kredibiliti dan
sifat bertanggung jawab ketika berpolitik. Untuk parti apa pun, untuk agama apa
pun, untuk bangsa apa pun ketelusan mengeluarkan fakta amat penting.
Soalnya sekarang, sudah terbukti terang-terangan Ketua
Penerangan Pas Pusat Nasrudin Tantawi telah memfitnah Lim Guan Eng. Apakah Islam menghalalkan fitnah walaupun yang memfitnah itu
ialah seorang ustaz Pas keatas bukan Islam?
Penyokong Pas masih berdolak dalih mempertahankan
pemimpin mereka yang sudah terang memfitnah meskipun telah terbukti di Mahkamah
bahawa beliau telah melakukan tuduhan fitnah.
Kembalilah kepada Islam yang syumul. Saidina Ali sendiri
pernah akur kepada keputusan mahkamah di dalam kes baju besinya (baju perang)
di curi oleh seorang Yahudi.
Meskipun di pihak
yang benar, beliau menyedari bahawa keputusan perbicaraan tidak menyebelahi di
pihak beliau. Maka beliau akur
Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam kerana kagum
dengan keadilan Islam yang membicarakan kes tersebut melalui proses
undang-undang dengan setelus-telusnya. Begitu juga dengan Saidina Ali yang
berlapang dada menerima keputusan tersebut
Keadaan ini tentulah berbeza apabila pihak Lim Guan Eng
berjaya membuktikan di Mahkamah bahawa proses tender yang terbuka tentang
projek terowong bawah tanah telah di laksanakan oleh pihak kerajaan negeri
Pulau Pinang.
Apa yang nak di nafikan lagi jika anda telah terbukti
bersalah? Sikap yang sebeginilah menjadikan rakyat semakin sempit meragui
ketelusan Pas di dalam berbicara/berceramah/mengeluarkan kenyataan.
Berhentilah melakukan kenyataan yang tidak benar. Tiada
untungnya dari segi 'politikal millage' untuk parti politik memburukkan lawan
dengan memfitnah meskipun lawan kamu itu bukan Islam.
ULASAN EDITOR
PAS kini semakin hilang sokongan daripada kaum Islam
sendiri jika hasrat dan niatnya hendak bergabung membentuk kerajaan campuran
dengan UMNO pada PRU14 akan datang.
PAS-UMNO sama-sama akan hilang sokongan pendirian orang-orang Melayu 78 peratus masih
memberikan padu terhadap PAS dan UMNO.
Akan tetapi masyarakat Cina-India seperti MIC- MCA dan
Gerakan kemuningan atau jadi kenyataan ahli-ahli mereka tetap mengundi pembangkang kerana mereka anti
PAS-UMNO.
Begitu juga rakyat di Sabah dan Sarawak seperti suka kaum
Kadazan-Dusun-Murut-Iban-Bidayu-Penan Melanau dan Dayak mereka akan tetap
mengundi pembangkang suku-suku seperti yang saya sebutkan ini mereka
benar-benar anti UMNO-PAS.
Jadi kesimpulannya apabila PAS-UMNO bergabung untuk
menubuhkan kerajaan campuran ini memberi peluang kehancuran kedua-dua parti itu.
Memang bagus dan tepat UMNO-PAS bekerjasama ini system
yang dinanti-nantikan oleh parti pembangkang kita lihat nanti sokongan padu
rakyat terhadap PAS-UMNO
Kelmarin dikhabarkan Ketua Penerangan PAS itu telah menarik
balik tuduhan fitnah terhadap Lim Guan Eng beliau terpaksa membayar kos Mahkamah sebanyak
RM10,000.
Itulah jangan ikut sedap mulut suka memfitnah orang tanpa
asal usul periksa dahulu bukan kah padahnya kalau orang bertindak balas akan
buat tuntutan sama malu.
No comments:
Post a Comment