PENDUDUK KG MANGARIS KOTA MARUDU DAPAT BEKALAN AIR BERSIH

Wednesday January 27.2016

OLEH: THOMAS SUNGGIUK
www.sabahinsider14.blogspot.com

KOTA MARUDU:- Penderitaan penduduk-penduduk Kampung Mangaris Satu  Kota Marudu disebabkan tiada bekalan air bersih akibat kemarau berita itu menjadi viral tersiar diportal online The Sabah Insider.Net.

Dengan tersiarnya berita ini The Sabah Insider.Net tentang masalah air di Kampung berkenaan sedikit sebanyak telah mendapat perhatian oleh semua pihak khususnya kerajaan.
 
Kelmarin atas budi bicara pihak Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Dr Maximus  Ongkili yang memberi arahan Kepada Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kota Marudu Madlunab telah menghantar bekalan air bersih kekampung berkenaan  dengan menggunakan  sebuah jentera Bomba

Irene Jeffry wakil penduduk Kampung Mangaris Satu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Marudu, ADO Kakitangan Jabatan Bomba dan juga Ketua Wanita PBS Imelda  kerana turut turun padang bagi menyaksikan sendiri kerja-kerja pembahagian air kepada penduduk-penduduk tersebut.

“Semoga penghantaran air ini teruskan selagi air paip dari jabatan air belum disambungkan ke Kamping ini adapun  air sungai sedia ada tidak  selamat digunakan terutama untuk  kegunaan memasak dan diminum kerana dikhuatiri mempunya bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan manusia” Kata Irene lagi.
 
“Kami dipihak media portal The Sabah Insider.Net sedia membantu menyebarkan segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung agar tersiarnya berita itu akan dipantau oleh pihak-pihak tertentu.



No comments:

Post a Comment