Monday February 01.2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com
SEBAGAI penulis atau siapa saja yang otak waras, kala
bercakap menulis biarlah lojik alias masuk akal dan bukan seperti
kebudak-budakan.
Kekadang cara kita menulis dengan bahasa yang
kasar dan kesat bisa saja dinilai sejauh mana gejolak rasa dalam hati kita dan
itulah boleh kita ketahui sikap dan tabiat serta olah seseorang itu meski tidak
pernah ketemu.
Misalnya mengatakan DAP itu komunis dan
kemudian sekongkol dengan PKR mahu jual Malaysia.
Bila disebut komunis, siapa saja yang mula2
buat hubungan diplomatik dengan cina komunis kala sesudah merdeka dulu? bukan
Tun Razak sendiri?
Cina sekarang bukan macam dulu, cina sekarang
jauh berbeda dan cina lebih baik banding Amerika dan negara barat sendiri.
Kita jangan lupa kalau bukan kerana CHENG HO
rasanya Islam di Malaysia bakal berkembang agak lambat dan kerana Cheng Ho lah
parameswara masuk Islam dan Islam mula berkembang di Melaka abad ke-15.
Lagi Cina bukan sebuah negara yang kecil dan
sekitar 1/3 dunia ini milik cina dan rakyatnya ada di mana-mana di pelusuk
dunia dan dalam sejarah Cina rasanya tak pernah merampas hak Melayu seperti
bangsa-bangsa lain.
Jadi, tuduhan konon DAP itu komunis tentu
tidak betul kerana ucapan itu dikatakan kesan sakit hati dan kesan dirasuk
setan benci tanpa bukti kukuh.
Lalu dikatakan DAP dan PKR bakal jual Malaysia
dan ini lagi sesuatu yang tidak benar sebab dalam PKR itu sendiri ramai Melayu
dan ramai kaum bumiputera, tentu tidak mungkin akan sekongkol dengan DAP jika
tuduhan itu benar dan inilah andaian FITNAH yang jahat tak masuk akal.
Kita harus sedar Pinang di bawah DAP dan
Selangor di bawah PKR. Kedua negeri ditadbir sama oleh PKR dan yang jelas ikut
audit negara, laporan kewangan di kedua negeri cukup baik dan rasuah jauh
berkurangan banding negeri bawah BN.
Cuma kekadang baik TV dan Utusan selalu saja
membesar-besarkan perkara yang kecil hingga seolah kerajaan di kedua-dua negeri
itu tidak bijak mentadbir.
Ingatlah, baik tulisan atau kata-kata yang
kita lontar akan diperhatikan oleh Malaikat dan Allah siap tahu dan bakal
menghukum sesiapa saja yang berkenaan di akhirat nanti.
Tidak mengapa, kalau yang berkenaan boleh
tunjukkan bukti dengan jelas hal yang dimaksudkan dan saya tidak begitu yakin
demikian sebab DAP hanya kuasai bandar dan sekarang ini mereka punya 33 kerusi
MP, sedang 189 kerusi MP dimiliki oleh bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain,
malah dari sejumlah 33 kerusi itu tidak semuanya bangsa cina, malah ada seorang
dua bangsa lain.
Menulislah dengan penuh tanggungjawab dan elak
menjadi fitnah yang siap nanti dibawa ke akhirat.
No comments:
Post a Comment