Sunday January 24. 2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
TAWAU:- Semua perwakilan rumah
perguruan dari 23 buah pertubuhan seni silat pertahanan diri seluruh Sabah sebulat suara bersetuju
melantik Datuk Dr Mohd Jeffry Rosman
sebagai Presiden Pertubuhan Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PESAKA) bagi tempoh 2016.
Keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Agung Khas PESAKA
yang di hadiri semua perwakilan rumah Perguruan gabungan PESAKA
kelmarin..
Kata Jeffry lagi sebagai Presiden PESAKA bukan mudah ini tanggungjawab berat
yang saya bakal pikul kalau keseorangan saya memang tidak mampu untuk
memikul tanggungjawab ini tetapi perlu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada
ahli-ahli Majlis Tertinggi PESAKA dan ahli-ahli Jawatankusa di peringkat bahagian.
“Sebagai Presiden khususnya bagi menerajui kepimpinan PESAKA dalam
tempoh 12 bulan saya akan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk
mentadbir dan memlestarikan perjuangan seni silat pertahanan diri ke peringkat
akar umbi agar masyarakat lebih tertarik
dan minat untuk menjadi ahli PESAKA bagi mengikuti dan mendalami ilmu
persilatan.” Kata Jeffry dalam satu sidang media kelmarin.
Terdahulu Jeffry mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan
PESAKA kerana sudi dan memberikan kepercayaan penuh terhadap beliau untuk
menerajui kepimpinan PESAKA bagi tempoh 12 bulan.
No comments:
Post a Comment