PEMBINAAN RUMAH PPRT-BPR TIDAK BERKUALITI MUDAH RUBOH



Friday January 15.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

FOTO BY CIKGU HARTHONO

PIHAK kerajaan menyediakan Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan Bantuan Perumahan Rakyat (PPRT-BPR)  di beberapa kawasan tertentu termasuk kawasan  DUN Karamunting adalah satu langkah yang baik untuk dinikmati oleh rakyat yang tidak mempunyai kediaman tetap.

PPRT yang  kebanyakan dibina di negeri ini nampaknhya langsung tidak berkualiti ada sebahagian rumah PPRT baru didiami belum sampai 2 bulan ada yang telah runtuh menyebah bumi ini bukan cerita direka-reka ada bukti nanti saya paparkan beberapa buah PPRT/BPR yang telah ruboh.

Kalau difikirkan orang ramai tidak boleh  menyalahkan bulat-bulat keatas  kerajaan kerana mereka telah memberi kontrek itu kepada beberapa kontrek bumiputera yang memang bertanggungjawab  ke atas pembinaan rumah-rumah tersebut.

Rumah PPRT atau BPR  yang bina diatas  permukahan air  seperti di rumah Kampung Air  Semporna dan Kampung Air Sandakan bebarap buah rumah runtuh ini adalah factor kedudukan rumah PPRT-BPR  dibina tidak mengikut spefisifikasi  yang telah ditetapkan.

Rumah-rumah yang dibina diatas air menggunakan tiang belian berukuran antara  3”X4” ini kerana pihak kontrektor mahu untung banyak jadi soal keselamatan orang ramai yang bakal dan yang telah mendiami rumah-rumah tersebut  mereka tidak ambil kira langsung.

Seperti yang berlaku di mana sebuah rumah PPRT di Karamunting belum sampai dua tahun diduduki rumah tersebut kelihatan condong-miring senget.

Sepatutnya pembinaan rumah-rumah PPRT-BPR  seharusnya dipantau dan pihak kerajaan melantik salah sebuah kontrektor untuk memantau dalam beberapa tempoh yang diperlukan menjaga setiap ada kerosakan untuk kerja-kerja menyenggelaraan.

Satu lagi perkara perlu diambil perhatian oleh kerajaan kebanyakan rumah-rumah PPRT-BPR yang siap dibina ditinggalkan  begitu saja tiada pemasangan meter  bekalan lektri dan paip air.

Mereka sudah tergolongan orang-orang miskin manalah mereka mampu untuk membayar pemasangan meter lampu dan juga meter air ini semuanya memerlukan perongkosan yang amat tinggi.



No comments:

Post a Comment