JANGAN KERANA TANGKI BIRU PRU 14 UNDI BN RAKYAT BINASA (Dari Rakyat-Kepada Rakyat)

Tuesday January 26 2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahisnider14.blogspot/com
BILA rakyat kasih amanah kepada sesebuah parti/kumpulan untuk memerintah, maka mereka bukan pemimpin parti lagi kala duduki kabinet, tetapi menteri kepada semua rakyat Malaysia yang sejumlah sekitar 29 juta dan mereka bukan lagi pemimpin parti yang mereka pimpin.

Mereka yang diberikan amanah itu menjaga WANG DISATUkan yang didapatkan dari sumber negara dan juga cukai termasuk GST yang dikutip dari seluruh rakyat Malaysia tak kira pemerintah atau pembangkang.

Maknanya WANG DISATUKAN itu adalah hal semua rakyat dan wang itulah yang digunakan untuk membangun negara bangsa dan wang itu jugalah yang digunakan untuk menyediakan tangki biru termasuklah pemberian Br1M.

Kalau ada yang mengatakan itu dari BN jelas salah sebab BN sebenarnya tidak punya wang dan mereka bukan peniaga, malah mereka kalangan YB termasuk dari pemerintah atau pembangkang dibayar gajinya oleh rakyat dan mereka hanya diamanahkan, sedang membangkang fungsinya menegur dan membetulkan keadaan yang salah dilakukan oleh BN.

Tangki biru mula mari
Tangki biru mula membiru
Tangki biru siap membutakan mata
Tangki biru siap menulikan telinga
Lalu rakyat siap ke jalan raya
Mengharap
Meminta
Berbondong datang
Kesian!

Kenapa warnanya harus BIRU? Apakah Malaysia tidak punya lambang lain atau kenapa saja tidak digunakan lambang bendera tanda memberian kerajaan dan kalau biru agak lain sedikit maksudnya, seolah itu pemberian BN dan sekali lagi rakyat yang jauh di pedalaman semacam dikaburi mata mereka dan yang tak tahu memang itulah pemberian BN, apa lagi yang menyampaikannya YB-YB  BN dan ini lagi menguatkan kata-kata rakyat yang membuta tuli.

Kita tak kesah sangatlah tetapi kalau benar ikhlas, sila saja gunakan lambang yang sewajarnya bukan menangguk ikan di air keruh dan kelihatannya di situ ada titik kesempatan dan memangpun itulah cara mereka sebenarnya untuk menyatakan yang parti mereka terbaik, sebalik harga asal sekian dan yang jadi agen dapat sekian dan inilah untung atas angina namanya/di situlah berlaku ketirisan dana rakyat sekitar 40 bilion kata Auditor negara.

Cuba saja kita fikirkan, kalau ketirisan itu bisa diatasi maka GST yang dapat sekitar 25 bilion ditahun 2015 sebenarnya tidak perlu sebab ketirisan 40 bilion lagi besar jumlahnya banding kutipan GST berkenaan.

Itulah yang jelas tetapi sekarang bukan itu ISU yang mahu saya perkatakan. Soalnya di sini sampai bila rakyat Sabah terus dikotak katikkan dengan tangki biru ini?

Kenapa harus tangki biru dan kenapa sistem air paip setelah sekian lama merdeka masih banyak sangat orang Sabah hidup sama seperti di zaman Jepun dan Inggeris.

Cuba kita teliti kampung2 jauh sedikit dari pekan Tenom, Nabawan, Sook, Pitas, Kota Marudu dan memang cukup menyedihkan sekali dan kita sudah merdeka sekian tahun tetapi soal keperluan asas air, eletrik dan jalan raya masih lebih kurang sama seperti di zaman batu kecuali di Bandar, pun keadaan jalannya ada yang berlobang-lobang, eletrik selalu tergendala dan air juga kekadang selalu tiada.

Sampai bila rakyat di luar bandar di Sabah mengharapkan tangki biru dan ada yang masih menggunakan lampu minyak tanah, tetapi minyak tanah susah dapat, sementara sungai pula selalu tercemar kesan pembalakan haram atas arahan atasan yang mahu meranapkan segala hutan simpan dan hasil masuk ke kantung para pemimpin yang rakus dan tamak.

Memang Sabahan ini terlalu baik dan kesan baik itulah kepala Sabahan selalu kena injak-injak  tanpa mereka tahu dan untuk mengelak mereka marah dan memberontak, maka siap disediakan akta untuk bersuara pasti kena tahan bawah Hasutan dan inilah akta yang jadah tidak membenar rakyat bersuara.

Apa yang telah terjadi di sekitar kita ini?
Sampai kapan kita bersikap begini? Sampai nanti anak cucu cicit menderita dan menjadi pelarian di tanah air sendiri dan kesannya untuk mati juga kita tak punya tanah untuk persemadian. Lalu salah siapa, kalau tanah seluas mata memandang milik syarikat luar Sabah dan kesannya sabahan sering saja duduk di muka pintu melihat lori-lori balak, tembaga dan sawit lewat tanpa kata apa2pun.


No comments:

Post a Comment