PENDUDUK KAMPUNG MENGARIS KOTA MARUDU PERLUKAN BEKALAN AIR BERSIH

Friday January 22.2016

OLEH: THOMAS SUNGGIUK
FOTO: LILY JANE JR
www.sabahinsider14.blogspot.com

MENDERITA.....Penduduk Kg Mengaris Kota Marudu tiada bekalan air bersih

 
KOTA MARUDU:-  Disebabkan kini musim kemarau yang melanda di beberapa daerah khususnya di Sabah antara yang turut terlibat Kampung Mangaris Satu Kota Marudu penduduknya menderita kerana ketiadaan bekalan air bersih untuk makan minum dan juga mandi.


Insiden sebegini  bukan sekali dua dua kali ia berlaku  kerap musim kemarau panjang para penduduk mengalami kesukaran mendapat bekalan air bersih mereka terpaksa berjalan kaki  berbatu-batu jauhnya untuk sampai kesungai untuk mengambil air.


Walaupun keadaan air sungai itu kelihatan jernih akan tetapi dari aspek kebersihannya tidak terjamin sama ada air itu boleh diguna pakai sebagai air minum.


Menurut beberapa orang kampung yang sempat ditemui mereka memberitahu dengan nada yang amat sedih perkara ini sudah bertahun-tahun di maklumkan kepada pemimpin kerajaan khususnya Ahli Parlimen Kota Marudu tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil oleh kerajaan khususnya bagi mengatasi masalah air.

 
Adapun perigi gravity tetapi bila mana musim kemarau ia turut kering kontang tiada air lansung inilah reality kehidupan penduduk Kampung Mengaris Kota Marudi dan kampung-kampung lain berhampiran turut sama mengalami kesukaran mendapatkan bekalan air bersih untuk keperluan harian.


Kata penduduk itu lagi mereka khuatir jika air sungai yang ada sekarang sebagai sumber air untuk makan mimum takut mengandungi   pelbagai bakteria yang boleh mengancam kesihatan  manusia.




No comments:

Post a Comment