Sunday January 31 .2016
OLEH: THOMAS SUNGGIUK
KOTA KINABALU:- Pihak Portal The Sabah
Insider.net mengalu-alukan kepada para penulis tanah air di Negara ini khusus di Sabah supaya dapat
menyumbang karya-karya mereka bentuk kritikan hal-hak semasa.
Pihak kami akan siarkan sekiranya tulisan itu
bentuk kritikan khusus tulisan mengenai situasi
hal ehwal semasa tentang permasalahan masyarakat sekeliling.
Bercakap kepada Wartawan portal The Sabah
Insider.net hari ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Insider.net Jun
Pacifico Abdullah (gambar) berkata kami memang amat mengalu-alukan sumbangan dari
orang ramai untuk disiarkan diportal ini.
Katanya memandangkan kini banyak isu-isu
panas terutama hal-hal kelemahan urusan pentadbiran kerajaan yang perlu
pendedahan kepada umum apapun mereka boleh menggunakan nama samaran dan nama sebenar kami akan
rahsiakan.
Jun menambah kata sekarang ramai rakyat di
Negara ini terutamanya rakyat Sabah berminat melayari laman sesawang portal
online The Sabah Insider mengikut reading view pages portal ini kini telah mencecah 88,379 setakat
ini.
The Sabah Insider baru berusia hampir 2 tahun
semakin hari semakin mendapat respond di kalangan peminat portal online
khususnya The Sabah Insider yang banyak menyiarkan bahan-bahan isu sensasi dan
panas sebagai wadah masyarakat Sabah tempat meluahkan perasaan yang terpendam.
Kata Jun lagi The Sabah Insider.net
berkonsepkan tidak berat sebelah (bias) dalam menyiarkan berita-berita semasa
dan juga artikel-artikel sama ada
datangnya dari pihak pro kerajaan mahupun pihak pembangkang asalkan berita itu
bersesuaian selera pembaca dan bersesuaian dengan konsep asal the sabah insider
iaitu slogan Membongkar Kemungkaran-Pertahankan Kebenaran diutamakan.
No comments:
Post a Comment