JADI SATU BUDAYA TIADA RAHSUA TIADA PROJEK

Wednesday January 20.2016

OLOEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

DULU-dulu  atau barangkali masih terjadi sekarang bahawa untuk mendapatkan sesuatu projek, kala atasan turun ke Kota Kinabalu biasanya mereka yang di atas disediakan kenderaan, kamar khas di hotel.

Malam nanti diajak ke pub/kelab malam maka siap disediakan wanita-wanita  cantik melayan dan sudah diatur/dibayar untuk menemani tidur malam dan inilah yang terjadi.

  
Sesudah seminggu dua, maka siap projek dijanji tetap lulus dan itu belum lagi dikira komisen yang diminta dan terus diberi wang pendahuluan dan inilah yang dinamakan "minyak pelincir"

Kesannya projek yang hanya bisa siap sejuta, tiba-tiba meningkat menjadi RM3 juta dikasih secara AWARD dan sejuta itu sudah siap diberikan kepada atasan termasuklah belanja sana sini untuk ENJOY dan berhibur.

Inilah yang namanya RASUAH atau ketirisan dan itu sebab ikut audit negara Malaysia ketirisan sekitar RM40 bilion dan kutipan GST tahun 2015 sekitar 25 bilion dan kalau ketirisan itu bisa diatasi sekitar 10% maka rasanya GST tidak perlu dilaksanakan.

Jadi moral kepimpinan negara selalu saja menimbulkan banyak masalah dan itu sebab negara berhutang sekitar/mendekat 900 bilion dan kemudian baik dana KWSP dan Dana pencen termasuk YAPEIM, Tabung Haji dan sebagainya selalu saja kita dengar hilang disalah guna kuasa maknanya itu akan menyusahkan rakyat, negara dan bangsa kita sendiri.

Moral Malaysia sebenarnya sudah lama tercalar dan lagi tercalar bila mana PM sekarang duduki kerusi PM yang mencipta pelbagai skandal yang cukup menakutkan dan kesannya dunia ketawakan kita hingga ada di beberapa negara ringgit seperti wang duit cop KARABAU dan pisang di zaman Jepun.


No comments:

Post a Comment